Kenderaan berat lalu Bukit Putus
SEREMBAN- Kenderaan berat yang dilarang menggunakan Jalan Seremban-Kuala Pilah di Bukit Putus, dekat sini akibat tebing runtuh berikutan hujan lebat sejak 2 Mac lalu, boleh melalui semula jalan itu mulai isnin lalu.
Pengarah Jabatan Kerja raya (JKR) Negeri Sembilan, Ir Dr Roslan Md Taha, berkata walaupun kerja membaiki runtuhan tebing di kilometer 14.7 belum siap sepenuhnya tetapi kajian mendapati ia selamat digunakan semua jenis kenderaan.