Langkau ke kandungan utama

Gambar Aktiviti Amalan Eksa Tahun 2022

Tahun 2022

Kursus Audit Dalam EKSA KKR bagi Tahun 2022 telah diadakan pada 20 Jun 2022 bertempat di Bilik Mawar 1, Aras 12 dan disampaikan oleh Encik Abd. Jamil Bin Mohd Amin, Fasilitator EKSA lantikan MAMPU dari Kementerian Kerja Raya Malaysia.

Kursus Pemantapan Jawatankuasa EKSA KKR bagi Tahun 2022 telah diadakan pada 21 Jun 2022 secara atas talian dan telah disampaikan oleh Encik Abd. Jamil Bin Mohd Amin, Fasilitator EKSA lantikan MAMPU dari Kementerian Kerja Raya Malaysia.

Mesyuarat dan Taklimat Audit Dalam EKSA Bil.1 Tahun 2022 telah diadakan pada 19 Julai 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Melati yang disampaikan oleh Jawatankuasa Audit Dalam EKSA KKR yang dihadiri oleh semua auditor yang telah dilantik.

Sesi Audit Dalam EKSA KKR Siri 1 & Siri 2 dan Pertandingan Mini EKSA telah diadakan pada 20-21 Julai 2022 dan 10-11 Ogos 2022 di semua bahagian / unit Kementerian Kerja Raya.

Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dari Institut Pembangunan Dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ke Kementerian Kerja Raya (KKR) telah diadakan pada 16 Ogos 2022 yang diketuai oleh Encik Mohd Afendi Bin Ya @ Zakaria bersama-sama 12 orang pegawai diiringi oleh urus setia induk EKSA KKR ke bahagian-bahagian yang terpilih.

Satu sesi Audit Pensujilan EKSA telah dijalankan pada 22-23 September 2022 di CIDB Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang diketuai oleh Puan Suhana binti Md Sharif dan Encik Abd Jamil bin Mohd Amin dan turut disertai dua orang pembantu.

Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dari Bahagian Audit Dan Siasatan Am (BADSA), Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) ke Kementerian Kerja Raya (KKR) telah berlangsung pada 07 Oktober 2022 yang diketuai oleh Puan Aida Binti Md Rashid selaku Timbalan Setiausaha Bahagian bersama-sama 12 orang pegawai diiringi oleh urus setia induk EKSA KKR ke bahagian-bahagian yang terpilih.

Majlis penyerahan Sijil pengiktirafan EKSA oleh MAMPU kepada CIDB Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (CIDB WPKL) telah diadakan pada 29 November 2022 (Selasa) di Ibu Pejabat CIDB WPKL yang diserahkan oleh Puan Suhana Binti Md Sharif selaku ketua auditor yang telah mengaudit CIDB WPKL baru-baru ini.

Penyampaian hadiah Sesi Audit Dalam dan Pertandingan Mini EKSA Kementerian Kerja Raya Tahun 2022 telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Dato Wira Wan Ahmad Uzir Bin Hj Wan Sulaiman pada 30 November 2022 bertempat di Bilik Bunga Raya, Kompleks Kerja Raya.