TIMAH LANGAT, SELANGOR - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, telah mengadakan lawatan turun padang ke tapak Projek Pembinaan Baharu Klinik Kesihatan (Jenis 3) dengan Kuarters Timah Langat, Selangor bagi menilai sendiri kemajuan pelaksanaan, mengenal pasti isu kritikal serta memastikan setiap tindakan penyelesaian dipercepatkan.






















