MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) KEMENTERIAN KERJA RAYA BILANGAN 3 TAHUN 2026 | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) KEMENTERIAN KERJA RAYA BILANGAN 3 TAHUN 2026

Submitted by wmukk on 28 October 2026

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Kementerian Kerja Raya (KKR) Bilangan 3 Tahun 2026 telah berlangsung di Bilik Tanjung, Kompleks Kerja Raya, dan dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Zainal Alhakab bin Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan).

Mesyuarat ini menjadi platform perbincangan dua hala antara Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja MBJ KKR dalam mengetengahkan isu kebajikan serta kepentingan bersama, di samping memperkukuh hubungan kerjasama ke arah meningkatkan kesejahteraan warga kementerian.

Mesyuarat turut diserikan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada Wakil Pihak Pekerja MBJ KKR Sesi 2025/2026 sebagai tanda pengiktirafan atas komitmen, kerjasama dan sumbangan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai wakil pekerja.

MBJ KKR kekal sebagai platform penting dalam memperkukuh hubungan harmoni antara Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja demi kesejahteraan warga KKR serta meningkatkan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4