Kadar baru tol tangguh | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR- Kenaikan kadar tol 10 peratus yang sepatutnya bermula 1 januari tahun lepas di Lebuh Raya Utara-Selatan ditangguh kerana belum mendapat kelulusan kabinet.

Menteri Jabatan kerja Raya, Dr Ir Mohd Zin Mohamed berkata, beliau hanya akan menyerahkan kertas kerja kepada kabinet berhubung cadangan kenaikan itu selewat-lewatnya minggu depan.

Katanya, kabinet perlu membuat penelitian sebelum apa-apa tindakan diambil untuk membenarkan kenaikan 10 peratus kadar tol seperti yang termaktub dalam perjanjian antara PLUS Expressway dengan kerajaan pada 8 Julai 1999 yang membenarkan kenaikan tol setiap tiga tahun sekali sehingga 2029.

Namun kadar yang sepatutnya dilaksanakan pada 1 Januari 2008 lalu tidak dapat dikuatkuasakan ekoran beberapa masalah ekonomi menyebabkan kerajaan menangguhkanya.

"Jadi tunggu pengumumannya, saya tidak mahu mendahului Kabinet," katanya ringkas ketika ditemui selepas lawatan Perdana Menteri Syria, Mohammad Naji Otri ke Pusat Konvensyen Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di sini semalam.

Tarikh
Surat Khabar
Kosmo