Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
MISI MEMBURU EMAS DI WORLDSKILLS SHANGHAI 2026

KUALA LUMPUR - Pagi tadi YB Datuk Seri Dr. Ahmad bin Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya merangkap Chef de Mission WorldSkills Competition (WSC) Shanghai 2026, bersiaran secara langsung di Selamat Pagi Malaysia berkongsi perkembangan, persiapan serta harapan buat kontinjen negara yang bakal menggalas cabaran di pentas kemahiran dunia.

SEGERAKAN ISU PENGAMBILAN TANAH DAN PENYERAHAN TAPAK

MIRI - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, mengadakan Lawatan Turun Padang dan mendengar Taklimat Khas Status Pengambilan Tanah & Kemajuan WPC 11 (Seksyen Lambir), Lebuhraya Pan Borneo Sarawak bagi memastikan isu-isu yang masih menghambat pelaksanaan projek ditangani secara segera dan berfokus.

KSU TINJAU PROJEK KLINIK KESIHATAN TIMAH LANGAT, TEKANKAN DELIVERY CULTURE DEMI MANFAAT RAKYAT

TIMAH LANGAT, SELANGOR - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, telah mengadakan lawatan turun padang ke tapak Projek Pembinaan Baharu Klinik Kesihatan (Jenis 3) dengan Kuarters Timah Langat, Selangor bagi menilai sendiri kemajuan pelaksanaan, mengenal pasti isu kritikal serta memastikan setiap tindakan penyelesaian dipercepatkan.

WSC SHANGHAI 2026: YBTM SEMPURNAKAN PELEPASAN KONTINJEN WORLDSKILLS MALAYSIA

SHAH ALAM – Timbalan Menteri Kerja Raya merangkap Chef De Mission (CDM) Kontinjen Negara, YB Datuk Seri Dr. Ahmad bin Maslan, telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Amanat, Pelepasan Kontinjen, dan Solat Hajat bagi atlet TVET negara ke WorldSkills Competition (WSC) Shanghai 2026 bertempat di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), di sini hari ini.

MALAYSIA SASAR PINGAT EMAS PERTAMA DI WORLDSKILLS SHANGHAI 2026

KUALA LUMPUR – Malaysia menyasarkan pingat emas pertama negara di WorldSkills Competition Shanghai 2026, menerusi penyertaan 22 wira muda dalam 21 bidang kemahiran.

TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA SEMPURNAKAN MAJLIS PRAPELANCARAN HARI PROFESION TEKNIKAL NEGARA (HPTN) 2026

KUALA LUMPUR – Majlis Prapelancaran Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2026 hari ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Ahmad bin Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya di Kompleks Kerja Raya.

HPTN 2026 kembali dengan tema “Profesion Teknikal Pemacu Kelestarian”, membawa aspirasi memperkukuh peranan profesion teknikal dalam pembangunan negara serta mendepani kemajuan teknologi, termasuk kecerdasan buatan (AI) dan inovasi.

KESAN INSIDEN LEBIH AWAL, BANTUAN LEBIH PANTAS

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui agensinya, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), terus memperkukuh pembangunan lebuh raya pintar bagi menyediakan perjalanan yang lebih selamat, lancar dan selesa kepada pengguna. Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi hari ini merasmikan Pusat Kawalan Trafik Lebuh Raya Pintar Kumpulan Tol IJM yang melibatkan Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Pantai Baharu (NPE) dan Lebuhraya Kajang–Seremban (LEKAS).

Subscribe to