KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) KKR Bilangan 2 Tahun 2026 telah berlangsung, dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha KKR, dan turut dihadiri oleh wakil Pihak Pegawai serta Pihak Pekerja MBJ KKR. MBJ KKR kekal menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama antara pihak Pengurusan dan pihak Pekerja demi kesejahteraan warga KKR dan penyampaian perkhidmatan terbaik untuk rakyat.