Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
HARI INOVASI KKR & AGENSI TAHUN 2026

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya (KKR) terus memperkukuh budaya inovasi dalam organisasi menerusi Hari Inovasi KKR & Agensi Tahun 2026, yang menghimpunkan warga KKR, tetamu jemputan serta Ketua Bahagian dan Agensi dalam usaha menyemarakkan kreativiti dan pemikiran baharu dalam penyampaian perkhidmatan.

PENGGULUNGAN PERBAHASAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA (LKAN)

KUALA LUMPUR — Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi telah menyempurnakan sesi penggulungan perbahasan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Bilangan 2 Tahun 2026 di Dewan Rakyat, hari ini. Sesi penggulungan tersebut menumpukan kepada penjelasan berhubung 13 penemuan audit berkaitan Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1, memfokuskan isu kelewatan, implikasi kos, serta penambahbaikan tadbir urus kementerian.

TAKLIMAT PENGGULUNGAN DEWAN RAKYAT DAN SESI JAWAPAN LISAN

KUALA LUMPUR - Pagi tadi YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya, hadir dalam sesi taklimat bersama YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim dan YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan Abdul Khalid, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) KKR di Parlimen.

YB Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya juga turut hadir bagi sesi Jawapan Lisan, Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas menjawab soalan  Nombor 4 dan Nombor 7. 

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP PEMBINAAN, PEROBOHAN DAN NAIK TARAF PUSPEN (CCRC) KARAK

BENTONG - Yang Berhormat Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya bersama YB Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri, hari ini menghadiri Majlis Penyerahan Projek Siap bagi Projek Membina dan Meroboh serta Menaiktaraf Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Karak, Bentong, Pahang.

12 PROJEK SIAP JKR MELAKA DISERAHKAN KEPADA KPM

AYER KEROH – Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia selaku Agensi Pelaksana hari ini menyempurnakan Majlis Penyerahan Perdana Projek Siap JKR Melaka kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertempat di sini hari ini.

Majlis penyerahan berkenaan telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, YB Datuk Seri Fadhlina binti Sidek, serta disaksikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan, bersama pegawai-pegawai kanan KPM dan JKR Malaysia.

PENYAMPAIAN WATIKAH OLEH KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KERJA RAYA

KUALA LUMPUR – Satu Majlis Penyerahan Watikah Pemangkuan dan Penempatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M14 kepada YBhg. Datin Dr. Rafidah binti Dahari, Setiausaha Bahagian Pengurusan Fasiliti, Kementerian Kerja Raya (KKR) telah berlangsung di Kompleks Kerja Raya hari ini.

Dalam majlis yang sama turut berlangsung penyerahan watikah pemangkuan Pegawai Undang-Undang kepada Puan Hani Aziza binti Ismail@Aziz yang memangku Pegawai Undang-Undang Gred L14 dan Puan Amalina Basirah binti Md Top yang memangku Pegawai Undang-Undang Gred L12

KOMPLEKS MAHKAMAH BAHARU JOHOR BAHRU SIAP, SEDIA PRASARANA KEHAKIMAN LEBIH KONDUSIF

ISKANDAR PUTERI – Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia selaku Agensi Pelaksana hari ini menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Kompleks Mahkamah Baharu Johor Bahru, Johor yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), YB Dato’ Sri Azalina binti Othman Said.

Majlis bersejarah berkenaan turut disaksikan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, bersama Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa, serta pegawai-pegawai kanan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan JKR Malaysia.

Subscribe to