Tol : Kerajaan peka keadaan rakyat
KUALA LUMPUR- Langkah menangguhkan kenaikan kadar lima Lebuh Raya yang sepatutnya berkuatkuasa hari ini, membuktikan kerajaan memahami masalah rakyat dalam menghadapi krisis ekonomi.
Pelbagai pihak yang dihubungi Berita Minggu juga berharap kerajaan mengkaji kadar kenaikan tol antara 0.68 sen sehingga 50 sen yang dianggap tinggi dan pada masa sama, mahu kenaikan ekonomi stabil bagi mengurangkan beban rakyat.