Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

Masalah penduduk selesai

SERI  KEMBANGAN- Lampu isyarat mengalami kerosakan selepas dilanggar  sebuar kenderaan berat di Taman Universiti di sini sudah dibaiki sepenuhnya.

Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya, Pooi Weng Keong berkata, pihaknya memohon maaf kepada penduduk setempat kerana berhadapan masalah berikutan ia mengambil masa hampir tiga bulan untuk dibaik pulih.

Menurut beliau, lampu isyarat berkenaan adalah di bawah penyelenggaraan dan pentadbir Jabatan Kerja Raya (JKR) dan perkara itu sudak didesak beberapa kali sebelum ini.

Kerajaan Pusat wajar beli konsesi lebuh raya

GEORGETOWN- Kerajaan Pusat wajar membeli lebuh   raya Utara - Selatan daripada syarikat konsesinya untuk mengelakkan beban yang lebih teruk kepada pengguna pada masa depan.

Setiausha, Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, kerajaan hanya perlu membayar kepada syarikat Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), anak syarikat UEM, mengikut harga ketika pembinaannya iaitu Rm 8.8 bilion, maklumat yang diperoleh daripada laporan tahunannya.

Hanya 15 minit ke Putrajaya

SUBANG JAYA 19 Feb. - Orang ramai terutama penduduk Putra Heights kini boleh menjimatkan masa selama 15 minit untuk ke Putrajaya, Cyberjaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan pembukaan persimpangan Putra Heights mulai hari ini.

Persimpangan berharga RM65 juta yang dibiayai sepenuhnya Sime Darby Property Berhad itu juga bakal memudahkan laluan keluar masuk dari Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Elite.

Keselesaan pengguna jalan raya diutama

KEMENTERIAN  Kerja Raya mempunyai sebab tersendiri apabila diberikan penarafan sebagai Kementerian bertaraf lima bintang oleh Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) melalui penilaian Sistem Star Rating Kementerian 2008.

Sejak diletakkan dibawah kepimpinan Menteri Kerja Raya, Dato' Sri Ir Mohd Zin Mohamed,Kementerian Kerja Raya (KKR) menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam meningkatkan taraf jalan raya persekutuan di seluruh Negara.

Persimpangan Putra Heights dibuka

SUBANG JAYA- Penduduk di Putra Heights dan kawasan perumahan berhampiran dengannya kini berpeluang menggunakan persimpangan bertingkat Putra Heights yang dibuka  kepada pengguna jalan raya bermula pukul 6 petang semalam yang dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed.

Persimpangan dwilorong itu merupakan persimpangan kedua dibina dan dibiayai oleh Sime Darby Property untuk menyokong persimpangan 'trumpet'? yang sedia ada di sepanjang Lebuh Raya  Damansara-Puchong (LDP).

RM70j baiki Bukit Antarabangsa

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Bukit Antarabangsa runtuh 6 Disember lalu akibat perbuatan manusia.

Itulah kesimpulan pakar-pakar dari Cawangan Kejuruteraan Cerun, Jabatan Kerja Raya (JKR) yang membuat kajian mengenai punca tragedi itu.

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed, rumusan itu berdasarkan gambar- gambar satelit dari tahun 1968 sehingga berlaku tragedi itu.

Ia menunjukkan bahawa cerun asal di kawasan berkenaan telah diubah menerusi kerja mengorek dan mengambus.

Smart tunnel closed

KUALA LUMPUR-  The Smart highway will be closed to traffic from 11 pm tonight until 6am tomorrow. The closured is to facilitate the monthly testing of the motorway tunnel system. For enquiries, call Smart Helpline at 1-300-88-7188

RM70 juta dilulus baiki tanah runtuh

Kabinet percepat kerja pulih Bukit Antarabangsa

KUALA LUMPUR: Kabinet semalam meluluskan peruntukan RM70 juta untuk kerja pembaikan dan pengukuhan kawasan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa menggunakan kaedah kejuruteraan terkini. 

Menteri Kerjaraya, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, berkata kerja pemulihan dijalankan seawal minggu depan selepas kementerian selesai melantik tiga hingga empat kontraktor untuk melaksanakannya. 

 

Cabinet approves RM70m to repair collapsed slope

KUALA LUMPUR: The government will spend RM70 million to repair and reinforce the collapsed slope in Bukit Antarabangsa. 

Works Minister Datuk Seri Mohd Zin Mohamed said the allocation was approved by the cabinet yesterday and remedial work was expected to start as early as next week, pending the appointment of contractors.

Zin said repair work would initially focus on dangerous sections near Taman Bukit Mewah, Taman Bukit Jaya and Jalan Wangsa 9 where 44 houses are still deemed hazardous for habitation.

RM70j untuk Bukit Antarabangsa

KUALA LUMPUR - Kerajaan meluluskan peruntukan RM70 juta bagi kerja-kerja memperkukuhkan kembali cerun di Bukit Antarabangsa, di sini yang runtuh dan mengorbankan lima penduduk pada 6 Disember lalu.

Projek itu bakal bermula minggu depan dan dilaksanakan oleh tiga atau empat kontraktor dengan tempoh masa siap selama enam bulan di kawasan kritikal manakala bagi keseluruhan bukit dijangka selama dua tahun.

Subscribe to