Masalah penduduk selesai | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

SERI  KEMBANGAN- Lampu isyarat mengalami kerosakan selepas dilanggar  sebuar kenderaan berat di Taman Universiti di sini sudah dibaiki sepenuhnya.

Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya, Pooi Weng Keong berkata, pihaknya memohon maaf kepada penduduk setempat kerana berhadapan masalah berikutan ia mengambil masa hampir tiga bulan untuk dibaik pulih.

Menurut beliau, lampu isyarat berkenaan adalah di bawah penyelenggaraan dan pentadbir Jabatan Kerja Raya (JKR) dan perkara itu sudak didesak beberapa kali sebelum ini.

?Bukannya kita tidak membuat kerja seperti yang ditudah segelintir pihak berkenaan perkara itu., tetapi berkemungkinan JKR mempunyai masalah tersendiri akibat kelewatan membaiki sebatang lampu isyarat yang rosak.

?Lagipun ia bukan di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan kita terpaka menunggu pihak berkenaan melakukan kerja baikpulih,? katanya

Tarikh
Surat Khabar
Berita Harian