R & R ditutup
KUALA LUMPUR 10 Mac- PLUS Expressway Berhad akan menutup dua kawasan Rehat dan Rawat (R & R) di Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuh Raya Elite, esok dan lusa.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Plus memberitahu, penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan tanpa sebarang ganguan.
Pada Rabu, kawasan R & R yang akan ditutup bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang ialah R & R Rawang (Arah Utara) Lebuh Raya Utara Selatan dan R & Dengkil (Arah Selatan) Lebuh raya Elite.