SEPANJANG 2008, Plus Expressways Berhad (Plus) mengambil langkah proaktif dalam usaha mengadakan pelbagai usaha bagi memastikan keselesaan, kelancaran kenderaan dan keselamatan pemandu yang menggunakan lebuh raya di bawah seliaan syarikatnya.
Malah, Plus komited untuk membantu orang ramai menikmati perjalanan yang selamat, selesa dan efektif terutama pada waktu puncak di lebuh raya bagi menampung keselesaan 1.3 juta kenderaan terutama ketika menjelang musim cuti Aidilfitri.
Satu daripadanya menyediakan Cadangan Waktu Perjalanan, satu jadual perjalanan berperingkat orang ramai untuk ke beberapa destinasi menggunakan Lebuh Raya utara-Selatan bagi mengurangkan kesesakan di lebuh raya terutama pada waktu puncak.
Jadual Cadangan Waktu Perjalanan ini disusun berdasarkan kajian PLUS berhubung pola atau trend pergerakan trafik yang biasa diamalkan oleh pengguna lebuh raya.
Berdasarkan kajian ini, Plus dapat menyediakan satu formula untuk membendung kejadian di mana terlalu banyak kenderaan berada di sesuatu kawasan di lebuh raya pada masa yang sama.
Bagi mengelakkan kejadian ini, PLUS mengeluarkan jaduan perjalanan yang boleh mengelakkan orang ramai terperangkap di dalam kesesakan pada waktu puncak.
Cadangan Waktu Perjalanan mula diperkenalkan pada cuti Hari Merdeka tahun lalu dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta mendapat sambutan positif dariapda pengguna lebuh raya sekali gus dapat membantu mengurangkan kesesakan dilebuh raya pada waktu puncak.
Mulai 1 Januari 2009, pemandu kenderaan Kelas 1 yang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Expressway Lingkaran Tengan Sdn Bhd (ELITE) di antara jam 12 tengah malam sehingga 7 pagi berpeluang menikmati diskaun bayaran tol sebanyak 10 peratus.
Langkah ini adalah satu daripa inisiatif PLUS untuk memberi nilai tambah kepada pengguna di kedua-dua lebuh raya itu, selain sejajar dengan saranan kerajaan untuk membantu memberi nilai tambah kepada pengguna lebuh raya terutama pada ketika ekonomi yang semakin mencabar.
Ini juga secara langsung dapat memberi lebih pilihan kepada oerang ramai untuk menikmati kadar tol yang lebih menarik pada waktu tertentu.
Program Plus
Pengguna kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan lebuh raya di antara jam 12 tengah malam sehingga 7 pagi boleh menikmati diskaun bayaran tol sebanyak 10 paratus, bermula 1 Januari 2009 sehingga 31 Disember 2010.
Pemandu kenderaan ringan (Kelas1)yang menggunakan lebuh raya antara jam 12 tengah malam sehingga 7 pagi pada Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan hari Natal mendapat diskaun tambahan 10 peratus.
Diskaun tol terkumpul ini akan diberikan dalam mana-mana enam hari di antara tujuh hari sebelum dan tujuh hari selepas satu-satu musim perayaanTempoh: 1 Januari 2009 sehingga 31 Disember 2010.
Pengguna yang menggunakan sistem bayaran tol elektronik dengan bayaran terkumpul minimum sebanyak RM200 setiap bulan bakal menikmati rebat 5 peratus (Bagi Penggunaan di lebuh raya PLUS & ELITE ). Terbuka kepada pengguna yang berdaftar dengan Program Loyalti PLUS yang akan dilancarkan sedikit masa lagi.Tempoh: Bermula 1 Januari 2009
Program Loyalti
PLUS akan melancarkan program loyalty untuk menggalakkan orang ramai berpindah ke sistem pembayaran tol secara elektronik. Program ini akan berkuat kuasa 1 Januari 2009. Pendaftaran untuk menyertai program loyalty ini bermula 10 Disember lalu.
Program Insentif Perjalan Plus adalah sebahagian daripada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PLUS untuk memberi yang menggunakan lebuh raya di luar waktu puncak.
Insentif Pertama dan Kedua ini ditawarkan selepas mendapat persetujuan rasmi pemegang bon Projek Lebuh Raya Utara-Selatan Berhad dan ELITE, Dalam pada itu, PLUS akan terus komited untuk memastikan perjalanan orang ramai di lebuh raya selamat, lebih lancar dan selesa pada setiap masa.
Menerusi program loyalti ini, pengguna yang berdaftar akan menerima kada PLUS-Miles yang juga berfungsi sebagai kad Touch ?n Go. Pengguna boleh menggunakan kad PLUSMiles untuk membuat bayaran tol di lebuh raya serta perkhidmatan lain seperti pengangkutan awam di Lembah Klang, bayaran meletak kenderaan dan lain-lain lagi.
Selain itu pemegang kad PLUSMiles turut berpeluang menikmati ganjaran lain seperti diskaun dan layan istimewa d semua rangkaian perniagaan yang mengambil bahagian seperti Kentucky Fried Chicken, dunkin Donuts, Burger King, A&W, Baskin Robbins serta rangkaian Gran Paradise Hotel di sepanjang lebuh raya PLUS dan ELITE. Selain itu, AAM dan Hotel Sheraton Subang juga menawarkan kadar istimewa untuk pemegang kad PLUSMiles.