Singkir peniaga R&R 'ali baba'
<P>SEPANG 18 Mac - Syarikat konsesi lebuh raya akan menarik balik lesen peniaga di kawasan rehat dan rawat (R&R) yang didapati 'mengalibabakan' perniagaan mereka kepada warga asing.</P>
<P>Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, peniagaan di kawasan R&R perlu diuruskan oleh pemilik yang berdaftar dan mereka tidak boleh menyerahkan perniagaan itu kepada warga asing.</P>