Tingkatkan penyelidikan dalam IBS | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR 19 Mac - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu industri pembinaan meningkatkan penyelidikan dan pembangunan dalam Sistem Teknologi Berindustri (IBS) bagi membolehkan negara terus mengekalkan kedudukan di peringkat global.

Perdana Menteri menegaskan, inovasi dan penyelidikan di dalam IBS akan membantu pembekal perkhidmatan tempatan untuk terus menjadi pembekal terpilih di pasaran global.

''Sebanyak 103 kontraktor negara telah berjaya mendapat projek pembinaan bernilai RM90 bilion di 46 buah negara menggunakan IBS.

''Kejayaan ini kerana kontraktor tempatan berdaya saing tetapi daya saing ini senang ditiru atau diciplak oleh kontraktor luar, oleh itu tindakan harus dilakukan bagi memastikan daya saing ini disokong oleh penyelidikan dan pembangunan dalam IBS,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis perasmian Konvensyen Sistem Teknologi Berindustri Kebangsaan di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed.

Abdullah memberitahu, di dalam negara pula sehingga 28 Februari lalu, sebanyak 320 projek kerajaan di seluruh negara bernilai RM9.43 bilion dilaksanakan melalui penggunaan teknologi IBS.

Beliau berkata, penggunaan IBS telah menjadi dasar rasmi kerajaan apabila Perbendaharaan mengeluarkan Surat Pekeliling Bilangan tujuh Tahun 2008 yang mewajibkan penggunaan 70 peratus kandungan IBS dalam semua projek kerajaan.

Perdana Menteri menjelaskan, IBS merupakan penyelesai pada masalah yang dihadapi oleh semua negara maju dan negara membangun dalam proses peralihan menuju status negara maju seperti Malaysia.

Tambah beliau, pembangunan perlu diteruskan serta projek mesti dilaksanakan dan dalam konteks ini hanya industri pembinaan yang didorong oleh IBS mempunyai tenaga untuk terus kekal relevan terhadap keperluan moden.

''IBS merupakan satu aspek yang menjadi pelengkap dan negara perlu membangunkan lagi teknologi ini,' katanya.

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia