Singkir peniaga R&R 'ali baba' | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

SEPANG 18 Mac - Syarikat konsesi lebuh raya akan menarik balik lesen peniaga di kawasan rehat dan rawat (R&R) yang didapati 'mengalibabakan' perniagaan mereka kepada warga asing.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, peniagaan di kawasan R&R perlu diuruskan oleh pemilik yang berdaftar dan mereka tidak boleh menyerahkan perniagaan itu kepada warga asing.

''Jika kita mendapati ada peniaga R&R yang menyerahkan perniagaan mereka untuk diurus oleh warga asing, maka lesen itu akan ditarik balik dan kekosongan yang ada akan diisi oleh mereka yang lebih layak.

''Kita mengambil tindakan yang tegas dalam soal ini dan semua peluang perniagaan di R&R juga hanya akan ditawarkan kepada penduduk setempat yang tinggal berhampiran dengan R&R," katanya selepas melancarkan R&R Dengkil (Utara) yang berwajah baru di sini hari ini.

Mohd. Zin turut menyerahkan kad loyalti PLUSMiles kepada pertubuhan-pertubuhan orang kurang upaya (OKU) yang menghadiri majlis tersebut.

Beliau berkata, peniaga di R&R perlu menghargai peluang perniagaan yang telah diberikan kepada mereka kerana jumlah permohonan adalah tinggi.

''Di R&R Dengkil (Utara) umpamanya, kira-kira 1,000 permohonan telah diterima tetapi kita hanya mempunyai 15 peluang perniagaan di sini,'' katanya.

Beliau pada masa yang sama meminta syarikat konsesi lebuh raya mengambil tindakan tegas untuk memastikan tiada peniaga atau penjaja haram yang cuba mengaut keuntungan di R&R.

Mengenai tanggungjawab sosial syarikat konsesi lebuh raya pula, Mohd. Zin berkata, mereka perlu menyediakan dana tertentu untuk menyumbang kepada kebaikan rakyat.

''Walaupun kita tidak akan keluarkan arahan khas supaya mereka menjalankan tanggungjawab sosial tetapi saya berharap mereka akan melakukannya dengan sendiri,'' katanya.

Sementara itu, Pengerusi PLUS Expressways Berhad (PLUS), Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd. Kassim berkata, sepanjang tahun 2002 hingga 2008, PLUS telah membelanjakan lebih RM100 juta untuk menaik taraf 11 kawasan R&R dan 17 hentian sebelah di lebuh raya kendaliannya.

''PLUS akan terus komited untuk memastikan perjalanan orang ramai dan pengguna lebuh raya selamat, selesa dan efisien pada setiap masa,'' katanya.

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia