Perjanjian Konsesi Lebuhraya boleh disemak | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR: Mulai semalam, orang awam boleh menyemak Perjanjian Konsesi Lebuhraya yang dikelaskan semula selaras Akta Rahsia Rasmi 1972 di Perpustakaan Kementerian Kerjaraya di sini. 

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Mohamad Razali Othman, berkata pemohon yang ingin menyemak perjanjian itu perlu datang sendiri ke perpustakaan berkenaan dan mengisi borang yang disediakan. 

"Masa yang diperuntukkan untuk setiap semakan adalah tidak melebihi dua jam untuk memberi peluang kepada pemohon lain menyemak Perjanjian Konsesi, selain mengurangkan masa menunggu. 

"Jika mahu menyemak Perjanjian Konsesi lain dan memerlukan masa tambahan, pemohon perlu mengisi permohonan baru dan mengikut giliran kerana ia dilaksanakan mengikut prinsip 'siapa dulu akan didahulukan'," katanya dalam kenyataan di sini, semalam. 

Waktu semakan di Bilik Bacaan Perpustakaan di tingkat 6, Blok B Kompleks Kerja Raya itu adalah dari Isnin hingga Jumaat antara jam 9 pagi hingga 5 petang, kecuali waktu rehat antara 1 petang hingga 2 petang (Isnin-Khamis) dan 12.15 tengah hari hingga 2.45 petang pada setiap Jumaat. 

Tarikh
Surat Khabar
Berita Harian