Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

Tol: Syor benarkan dapat salinan perjanjian diteliti

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji cadangan untuk membenarkan pihak ketiga bagi mendapatkan salinan dokumen perjanjian konsesi tol antara kerajaan dan syarikat swasta. 

Menteri Kerjaraya, Datuk Mohd Zin Mohamed, berkata pihaknya akan merujuk perkara itu kepada Peguam Negara untuk diteliti. 

"Banyak perkara berkaitan undang-undang yang perlu diselesaikan jika ia mahu dilaksanakan. Untuk membuka perjanjian ini kepada umum untuk semakan seperti yang dilakukan hari ini (semalam) juga memerlukan keizinan syarikat konsesi terlebih dulu," katanya. 

Paip bocor punca jalan berlubang

KEMENTERIAN Kerjaraya ingin merujuk kepada surat 'Pemandu Malang' yang disiarkan ruang ini pada 22 Disember lalu.  Kementerian sudah mengenal pasti lokasi yang dimaksudkan iaitu Jalan Slim River Trolak.

Memang diakui kerja pembaikan tidak dapat dilakukan dengan segera kerana jalan berlubang disebabkan ada takungan air berpunca daripada paip bocor. JKR Slim River menempatkan kon plastic serta panghalang di lubang berkenaan, manakala kerja mengesan puca paip bocor dilakukan segera.

Laporan keselamatan siap

KUALA LUMPUR 19 Dis- Laporan tentang tahap keselamatan beberapa lokasi perumahan di sekitar kawasan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa di sini telah siapkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR)

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Assisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, laporan JKR itu telah diserahkan kepada Pejabat Pegawai Daerah Gombak sebelum dikemukakan kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor untuk diteliti.

Bagaimanapun beliau tidak mengetahui isi kandungan laporan tersebut.

188 rumah selamat diduduki

PETALING JAYA-Sebanyak 188 unit kediaman di lima kawasan kediaman yang diberi tanda merah selepas tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa dan diarah berpindah disahkan selamat diduduki.

Bagaimanapun, beberapa lagi kawasan sekitar memerlukan penilaian mengenai tahap keselamatannya

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) yang melakukan kajian keselamatan membenarkan antara 400 hingga 500 penduduk di lima kawasan kediaman itu memasuki kediaman rumah mereka pada bila-bila masa.

Penduduk setuju kenyataan Mohd Zin

KUALA LUMPUR 14 Dis- Jawatankuasa Bertindak Bukit Antarabangsa bersetuju dengan pandangan Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd Zin Mohamad yang mengatakan kejadian tanah runtuh di penempatan itu pada 6 Disember lalu adalah disebabkan oleh kecuaian manusia.

Pengerusinya, Datuk N.Muneandy berkata, Mohd Zin merupakan individu yang paling tepat  untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian berdasarkan portfolionya pada masa kini.

Sempadan kawasan bencana ikut dua warna

KUALA LUMPUR: Polis menetapkan sempadan kawasan kejadian tanah runtuh di Bukikt Antarabangsa kepada dua zon mengikut warna sebagai pemberitahu kepada orang ramai supaya tidak memasuki kawasan berbahaya itu sehingga keselamatannya dapat dipastikan pihak berkuasa.

Ketua Polis Ampang Jaya Asisten Komisioner Abd Jalil Hasan, Berkata 'Ground Zero' (kawasan 14 banglo tertimbus) dikategorikan sebagai zon merah manakala lima taman berhampiran yang tejejas diletakkan di bawah zon kuning.

JKR akan bina semula jalan utama

KUALA LUMPUR- Jabatan Kerja Raya (JKR) akan membina semula jalan utama yang terputus akibat runtuhan tanah minggu lalu di Bukit Antarabangsa bagi melancarkan pergerakan lalu lintas.

Menteri  Kerja, Datuk Mohd Zin Mohamed berkata, JKR akan memulakan pembinaan semula jalan utama secara berhati-hati bagi mengelakan runtuhan tanah yang kedua.

Menurutnya, pembinaan semula  jalan utama penting kerana jalan alternatif yang dibina oleh anggota tentera tidak dapat bertahan lama dan tidak dapat menahan kesesakan lalu lintas kawasan tersebut.

Zin wants answers from PWD

KUALA LUMPUR: Works Minister Datuk Mohd Zin Mohamed is baffled how rainwater was trapped atop Taman Bukit Mewah Which he believes led to the Bukit Antarabangsa landslide last Saturday.

"I find it odd for rainwater to have been trapped in the granite rock-filled dense rainforest.

"Why wasn't there proper drainage when water will find its own natural gradient to flow?

"I suspect this is caused by humans, so let's not blame Mother Nature," he told Public Works Department (PWD) engineers.

Subscribe to