KUALA LUMPUR- Selepas sedekad dibuka, pengguna Lebuh Raya Sungai Besi boleh lega apabila kutipan tol Plaza Tol Salak Jaya ditamatkan pada 12.01 tengah hari semalam.
Penutupan plaza tol tersebut adalah yang kedua selepas 12 hari pemansuhan kutipan tol di Plaza Tol PJS 2, arah Kuala Lumpur, Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) pada 13 Februari lalu.
Berita itu pastinya menggembirakan purata 50,000 penduduk sekitar kawasan berkenaan dan pengguna lain yang selama ini ramai mengelak daripada membayar RM1.30 dengan mengikut jalan pintas atau susur keluar hanya 50 meter dari plaza tol.
Malah, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Mohd Zin. Mohamed mengakui kedudukan plaza tol itu sendiri tidak strategik.
"Pengguna dapat mengelak dengan mengikuti jalan bebas tol sehingga menyebabkan pergerakan trafik di kawasan berdekatan seperti seperti Kuchai Lama dan Pekan Salak Selatan menjadi sesak. Bercakap pada pemberita di plaza tol itu semalam beliau bagaimanapun berterima kasih kepada syarikat pemegang konsesi, Besraya Sdn Bhd, kerana menamatkan kutipan lebih awal daripada tarikh 1 Mac yang ditetapkan sebelum ini.
Dalam pada itu beliau berkata, kerajaan telah bersetuju membina Lebuh Raya Sambungan Besraya dari Sekolah Tai Thong arah selatan dan Jalan Istana menuju ke Pandan Indah dan Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2)
Katanya, lebuh raya baru sepanjang 12 kilometer itu berharga RM650 juta dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 36 bulan pada 2012.
"Lebuh raya ini akan mempunyai laluan dua hala dengan dua hingga tiga lorong dan 80 peratus daripada laluan itu atay 9.2 kilometer merupakan lebuj raya bertingkat," ujarnya. Jelasnya, lebuh raya yang mempunyai 10 persimpangan itu bakal mengurangkan masalah