KUALA LUMPUR - "Kutipaan tol di Plaza Tol Salak Jaya di Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) di sini di kedua-dua arah dimansuhkan bermula 12.30 tengah hari ini (semalam)," kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.
Beliau berkata, pemansuhan tol itu sepatutnya bekuatkuasa 1 Mac depan, bagaimanapun Besraya (M) Sdn Bhd bersetuju memansuhkan kutipan tol enam hari lebih awal.
"Pemansuhan kutipan tol ini akan bermula sejurus selepas ini, walaupun secara rasmi ia bermula 1 Mac depan..... persetujuan untuk memasuhkan tol ini empat hari lebih awal dari sepatutnya atas ehsan Besraya (M) Sdn Bhd.
Kira-kira 50,000 penguna lebuh raya termasuk penduduk Pekan Sungai Besi, Kampung Malaysia, Kuchai Lama, Taman Salak Selatan dan Kampung Baru Salak Selatan akan menikmati jalan tanpa tol dari Jalan Istana ke Pekan Sungai Besi," katanya pada majlis pemansuhan tol tersebut di sini, semalam.
Beliau berkata kedudukan plaza tol yang tidak strategik itu memaksa pergerakan trafik terutama di kawasan Kuchai Lama dan Pekan Salak Selatan kerana pengguna lebuh raya lebih suka memilih jalan bebas tol sehingga menyebabkan kesesakan berlaku di kawasan tersebut.
"Lokasi plaza tol itu juga memisahkan dua kawasan yang berhampiran iaitu Taman Salak Selatan dan Kampung Baru Salak Selatan," katanya. Menurutnya keputusan menutup plaza tol berkenaan dapat meringankan beban pengguna Besraya.