KUALA LUMPUR: Kesesakan di jalan utama terutama di Jalan Lengkaran Tengan (MRR2) 1 dan 2 dijangka dapat diatasi tidak lama lagi apabila kerajaan bersetuju membina sambungan Lebuh Raya Sungai Besi (Basraya) sehingga ke Ampang.
Sambungan lebuh raya sepanjang 12.3 kilomiter yang dianggarkan bernilai RM649 juta akan memulakan pembinanya tahun ini dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun.
Serentak itu, Menteri Kerjaraya, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mengumumkan pemansuhan kutipan tol kedua-dua arah di Plaza Tol Salak Jaya di lebuh raya sama, bermula jam 12.30 tengah hari semalam.
Beliau berkata, lebuh raya sambungan yang akan diberikan kepada syarikat konsesi lebuh raya, Besraya (M) Sdn Bhd, itu akan bermula dari Besraya dan Jalan Istana, berakhir di persimpangan lampu isyarat Jalan Pandan Utama dan MRR2 di Pandan Jaya.
Katanya, sambungan lebuh raya ini akan mempunyi satu plaza tol di Plaza Tol Loke Yew dan kadar tolnya akan ditetapkan kemudian.
"Sambungan ini akan mengurangkan kesesakan di MRR1 dan MRR2 yang sekarang melebihi kapasiti. Kawasan terbabit ialah Jalan Istana, Jalan Ampang, Jalan Loke Yew, Jalan Cheras dan Jalan Tun Razak.