Langkau ke kandungan utama

Berita KKR

 

 

1

KUBANG PASU, 17 April – Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyeru kepada semua kontraktor agar sentiasa menambah luas bidang kepakaran dan kebolehan serta berani meneroka perkara baru dalam industry pembinaan.  Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Perasmian Kursus Teknologi Penandaan Jalan Dan Pembaikian Turapan Yang Berkesan di sini.

Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) juga telah merangka pelbagai program untuk memperkasa kontraktor Bumiputera bagi tahun 2014 ini seperti Program Kontraktor Bumiputera Berprestasi Tinggi, Program Inspektorat Taraf Bumiputera dan Program Pembangunan Kapasiti Kontraktor Bumiputera.  Program-program tersebut merupakan program pembangunan kontraktor Bumiputera yang akan dan telah dilaksanakan bagi memastikan kontraktor Bumiputera sentiasa berkemahiran dan mempunyai pengetahuan yang meluas dalam industri pembinaan.

Kerajaan melalui KKR telah menyediakan peruntukan sebanyak RM750 juta untuk penyelenggaraan jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia bagi tahun 2013.  Bagi tahun 2014 pula, peruntukan sebanyak RM640 juta telah disediakan bagi tujuan ini.  Di Negeri Kedah ini terdapat seramai 3,471 orang kontraktor dari kelas G1 ke G7 yang berdaftar dengan pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan daripada jumlah tersebut seramai 1,301 orang adalah kontraktor wanita. Kata beliau lagi.

Turut hadir sama ialah YBrs. Dato’ Haji Zainudin bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KKR, YBrs. Encik Yahaya bin Hasan, Pengarah PKK Malaysia dan Tuan Haji Harun bin Abdul Hamid, Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kubang Pasu.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

1

Kuala Lumpur, 15 April – Pembukaan Lebuhraya Sungai Besi atau Besraya Eastern Extension (BEE) dijangka dapat menyuraikan dan mengurangkan kesesakan trafik kepada lebih 250,000 pengguna sehari terutama pada waktu puncak.

BEE yang dibina sepanjang 12.3km itu adalah rangkaian jalan penyambung di antara MRR1 dan MRR2 sekaligus dapat mengurangkan masa perjalanan dari 45 minit kepada 10 minit.  Ia menghubungkan jalan-jalan utama seperti Jalan Loke Yew, Jalan Cheras, Jalan Shamelin, Jalan Pandan Indah dan Jalan Pandan Utama melalui Persimpangan bertingkat Ikan Emas.

Lebuhraya ini juga dilengkapi dengan teknologi canggih seperti informasi trafik, papan tanda mesej ubah elektronik (Variable Messaging System-VMS), sistem maklumat lebuhraya (Highway Information System-HIS), pusat kawalan lengkap dengan kamera litar tertutup (CCTV), sistem tol elektronik dan rondaan 24 jam sehari oleh unit pasukan ronda.

Bangunan ibu pejabat Besraya ini turut dibina bercirikan pendekatan ‘Green Technology’ atau teknologi hijau yang mana ia dapat mengurangkan penggunaan lampu di dalam bangunan pada siang hari sekaligus dapat menyumbang kepada pengurangan pemanasan global yang kian serius kebelakangan ini.

Lebuhraya ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.  Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi Besraya (M) Sdn. Bhd.  YM Tengku Tan Sri Datuk Seri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail.

Dengan pembukaan BEE ini maka jumlah jarak keseluruhan lebuhraya di negara ini menjadi 1,864km dan ianya merupakan satu lagi kejayaan pelaksanaan kerjasama awam-swasta (Public-Private Partenship-PPP).

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

1

KUALA LUMPUR, 15 April – Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 11 April 2014, telah bersetuju dengan cadangan Kementerian Kerja Raya, untuk menguatkuasakan Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan atau Construction Industry Payment and Adjudication Act (CIPAA) 2012.  CIPAA 2012 ini akan mula berkuatkuasa pada 15 April 2014 selari  dengan perasmian Mahkamah Tinggi Pembinaan Kuala Lumpur dan Shah Alam pada 14 April 2014.

Akta ini akan terpakai kepada semua kontrak kerja pembinaan, pembekalan barangan binaan dan kontrak rundingan pembinaan yang dibuat secara bertulis berhubung dengan kerja pembinaan yang dijalankan sepenuhnya atau sebahagiannya di  Malaysia termasuklah kontrak pembinaan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri. 

Dengan berkuatkuasanya CIPAA, maka lengkaplah tiga remedi (The Trinity of Remedies) bagi  menyelesaikan pertikaian bayaran dalam rantaian industri pembinaan.

Namun begitu beberapa kategori kontrak pembinaan adalah dikecualikan dari pelaksanaan CIPAA 2012 ini antaranya kontrak dalam kategori keselamatan dan kategori kerja kecemasan.  Namun demikian pengecualian bagi kategori kontrak ini adalah berbentuk sementara iaitu sehingga 31 Disember 2015 agar ianya tidak menjejaskan projek-projek Rancangan Malaysia Ke-10.

Promosi CIPAA 2012 telah dijalankan secara berfasa oleh KKR dan agensi seliaannya di mana sebanyak 20 roadshow dan taklimat khusus kepada mereka yang terlibat dalam industri pembinaan telah diadakan. Selain itu, Kuala Lumpur Regional Centre for Arbitration (KLRCA) sebagai badan adjudikasi CIPAA 2012 juga telah menjalankan lebih dari  30 roadshow  kepada peguam, mahasiswa perundangan, dan mereka yang terlibat dalam rantaian perundangan.

1

KUALA LUMPUR, 14 April-Dua Mahkamah Pembinaan yang pertama di Malaysia, masing-masing terletak di Kuala Lumpur dan Shah Alam dirasmikan penubuhannya hari ini oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.

Kedua-dua mahkamah khas ini berperanan menyelesaikan pertikaian yang berlaku di dalam industri pembinaan telah direalisasikan kewujudannya pada April tahun lalu, setelah Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) membuat usul cadangan kepada Badan Kehakiman pada Januari 2013.

Menteri Kerja Raya Datuk Haji Fadillah bin Haji Yusof berkata dalam ucapan perasmiannya, “Penubuhan mahkamah khas ini dapat mengubah operasi perniagaan pembinaan dijalankan di dalam negara. Pertikaian pemegang amanah harta dalam industri pembinaan juga dapat diselesaikan dengan lebih saksama dan cepat oleh juri yang mempunyai kepakaran dan berpengalaman dalam kes-kes pembinaan,”

Kewujudan mahkamah khas ini juga telah meletakkan Malaysia sebagai negara kedua di dunia yang mempunyai mahkamah khas untuk industri pembinaan. Negara pertama adalah United Kingdom yang telah menubuhkan Mahkamah Teknologi dan Pembinaan (TCC).
 
Inisiatif penubuhan Mahkamah Pembinaan bermula seiring dengan cadangan pelaksaanan Akta Bayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan (CIPAA). Keperluan wujudnya mahkamah khas dalam industri pembinaan ini adalah penting bagi melengkapi akta ini yang bakal dikuatkuasakan selepas diwartakan pada 2012.

Pelaksanaan CIPAA bakal memberikan kelegaan besar kepada industri pembinaan di Malaysia kerana akta ini bertindak sebagai timbang tara yang berpotensi menyelesaikan masalah berkaitan kelewatan pembayaran dan pertikaian pembinaan yang berpanjangan.
 
Mahkamah Pembinaan ini akan meningkatkan lagi aspek-aspek keadilan lain di dalam industri pembinaan. Menerusi adjudikasi dan sokongan mahkamah khas ini dalam memahami kelewatan yang tertangguh serta tunggakan belanjawan berhubung kes-kes pembinaan, industri dapat lebih memfokus kepada usaha-usaha menunaikan tanggungjawab tugasan dan bukannya terlibat dalam pertikaian berlarutan yang tidak wajar.

Melangkah ke hadapan, CIDB telah menubuhkan satu unit untuk mengesan dan menganalisis kes-kes yang dibawa ke Mahkamah Pembinaan untuk mengkaji apakah punca lazim pertikaian yang berlaku dalam lingkungan industri.  Di samping itu, CIDB juga merancang untuk mendapatkan gambaran yang lebih mengenai isu-isu yang specific berhubung industri pembinaan di Malaysia.

Dengan penubuhan Mahkamah Pembinaan yang telah pun beroperasi setahun lalu, CIDB meninjau peluang untuk bekerjasama dengan Badan Kehakiman dalam mengakses dan meneliti kes-kes yang telah pun selesai. - Bernama

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

1

Kota Bharu, 1 April – Majlis Pecah Tanah Projek Jalan Kota Bharu – Kuala Krai (Pakej 1B: Pasir Hor ke Kadok) telah disempurnakan oleh YAB. Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri di tapak majlis pecah tanah lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai di Tiong, Kota Bharu, Kelantan.

Projek membina Projek Jalan Kota Bharu – Kuala Krai sepanjang 73.5km menghubungkan Kuala Krai, Kelantan dengan Simpang Pelangai di sempadan Pahang dan Negeri Sembilan. Projek yang merupakan sebahagian Cental Spine Road (CSR) ini merupakan cadangan jalan baru selari dengan Jalan Persekutuan FT08. Skop pembinaan projek ini ialah 4 lorong 2 hala mengikut piawaian JKR R5. Kerja-kerja rekabentuk dan pelan pengambilan tanah telah disiapkan sepenuhnya pada tahun 2007.

Projek yang bermula dari Wakaf Siku, Kota Bharu ke Kg. Dusun Damar, Kuala Krai dibahagikan kepada tiga pakej utama iaitu Pakej 1: Wakaf Siku ke Kadok, Kota Bharu (12.5km), Pakej 2: Kadok, Kota Bharu ke Bukit Tiu, Machang (28.5km) dan Pakej 3: Bukit Tiu, Machang ke Kg. Dusun Damar, Kuala Krai (32.5km).

Laluan baru ini dapat menampung aliran trafik yang semakin meningkat setiap tahun di laluan persekutuan sedia ada dan meningkatkan tahap kemudahsampaian, keselesaan serta keselamatan pengguna jalan raya. Projek ini juga akan menjadi pemangkin kepada pembangunan infrastruktur dan ekonomi di sepanjang koridor Wilayah Ekonomi Pantai Timur.

Turut hadir ialah YB. Datuk Hj. Fadillah Yusof, Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan, Dato’ Sri Tengku Adnan Tengku Mansur, Menteri Wilayah Persekutuan serta pemimpin-pemimpin tempatan. 

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

1

Kuala Lumpur, 31 Mac -  Satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Badan Pembinaan Konstruksi (CDA) Kementerian Pekerjaan Umum Republik Indonesia dan CIDB Holdings telah diadakan di Pacific Ballroom, Seri Pacific Hotel hari ini.

Tujuan MoU ini ialah untuk menyediakan program latihan dan pensijilan kepada personel binaan warga Indonesia yang sah untuk bekerja di dalam sektor pembinaan dan mempunyai Kad Hijau untuk meningkatkan kemahiran personel binaan di Malaysia sekaligus memberi sijil bagi mengiktiraf dan mengeluarkan Perakuan Kecekapan Pekerja Asing (PKPA).

Bagi peringkat permulaan, dijangka 7,000 personel Binaan Indonesia akan dilatih dalam program Penilaian Kecekapan Pekerja Mahir Indonesia sepanjang tahun 2014-2015 (2 tahun).  Program ini mempunyai empat bidang kemahiran pembinaan iaitu Penerapan Bata & Pelepaan (Bricklaying & Plastering), Pelepaan dan Penjubinan (Plastering & Tiling), Pertukangan Kayu, Pembengkokkan Bar dan Konkrit (Carpentry, Barbending & Concreting) dan Aplikasi Lapisan dan Dekorasi (Building Decorative Painting).

Antara yang hadir pada majlis MoU ini ialah YB Datuk Haji Fadillah Yusof, Menteri Kerja Raya Malaysia, YTM Bapak Ir. Djoko Kirmanto, Menteri Pekerjaan Umum Republik Indonesia, YBhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha KKR dan Ketua Eksekutif CIDB Malaysia merangkap Pengerusi CIDB Holdings Sdn Bhd, Dato’ Sri Ir. Dr. Judin Abdul Karim.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

1

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya (KKR) bulan Mac telah diadakan di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, hari ini dan diurusetiakan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).  Justeru, penyampaian amanat kali ini menyentuh khusus kepada senario industri pembinaan negara.

“Secara keseluruhannya, pertumbuhan sektor pembinaan pada tahun lepas (2013) adalah 10.9 peratus, lebih tinggi berbanding pertumbuhan ekonomi negara yang berada pada tahap 4.7 peratus,” kata Menteri Kerja Raya melalui teks ucapannya yang dibacakan oleh YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerja Raya.

Berhubung maklumbalas industri pula, YB Menteri Kerja Raya menyatakan bahawa KKR mengamalkan dasar terbuka dengan sentiasa mendengar pandangan dan maklumbalas industri melalui beberapa sesi dialog yang telah diatur bersama para penggiat industri.

Pada perhimpunan ini juga, Datuk Rosnah turut melancarkan aplikasi peranti mudah alih atau Mobile Apps CIDB.  Mobile Apps ini berfungsi sebagai capaian kepada kontraktor untuk menyemak status permohonan, status kad hijau, acara dan latihan terkini untuk para kontraktor, selain untuk mendapatkan berita dan maklumat semasa CIDB.

Turut hadir bersama, YBhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha KKR, YBhg. Dato’. Sri Prof Ir. Dr. Judin Abdul Karim, Ketua Eksekutif CIDB, YBhg. Dato’ Ir Haji Ismail Md Salleh, Ketua Pengarah LLM, pegawai-pegawai kanan serta warga kementerian dan agensi KKR.

Image removed.

Image removed.

1

KUALA LUMPUR, 25 Mac - Majlis Meraikan Persaraan mantan Pengerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), YBhg. Datuk Ir. Hamzah Hasan telah diadakan hari ini bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC.  Teks ucapan YB. Menteri telah dibacakan oleh YB. Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerja Raya.

Dalam ucapan YB. Menteri, beliau menggambarkan Datuk Hamzah sebagai seorang individu yang sangat berpengalaman luas dan banyak menyumbang kepakaran dan idea dalam industri pembinaan Negara.  Sepanjang lapan tahun berada di CIDB, pelbagai anugerah dan pencapaian yang telah diraih Datuk Hamzah dan beliau amat dikenali oleh warga CIDB sebagai seorang pemimpin yang ‘easy to get along’ dan sentiasa berusaha mempermudahkan segala urusan rasmi atau bukan rasmi.

Turut hadir bersama, YBhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha, YBhg. Tan Sri Dr. Ahmad Tajuddin bin Ali, Pengerusi CIDB baharu, YBhg. Dato’. Sri Prof Ir. Dr. Judin Abdul Karim, Ketua Eksekutif CIDB, YBhg. Datuk Ir. Haji Adanan Mohamed Hussain, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bisnes) serta pegawai-pegawai kanan kementerian dan agensi KKR.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

1

Balingian, 23 Mac – Usaha memperkasa kontraktor bumiputera diteruskan Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dengan penganjuran Program Khidmat Masyarakat Kerja-kerja Mengecat dan Latihan Praktikal yang telah berlangsung di Balairaya Kampung Pulat, Balingian, Sarawak.

Program yang mendapat kerjasama Akademi Binaan Malaysia (ABM), CIDB Sarawak ini merupakan satu pendekatan serampang dua mata iaitu program pembangunan kapasiti kontraktor bumiputera dan pada masa yang sama dapat melaksanakan satu bentuk khidmat sosial (CSR) kepada masyarakat.

YB Datuk Fadillah Yusof, Menteri Kerja Raya dalam ucapan perasmian program ini turut memberitahu tiga program yang dirangka PKK bagi memperkasa kontraktor bumiputera iaitu Program Kontraktor Bumiputera Berprestasi Tinggi, Program Inspektorat Taraf Bumiputera dan Program Pembangunan Kapasiti Kontraktor Bumiputera.  Selain daripada kerja mengecat, para kontraktor bersama-sama penduduk kampung turut melaksanakan kerja-kerja pembaikan kecil di balairaya tersebut.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

1

Mukah, 22 Mac – Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) telah menganjurkan Seminar Memperkasa Kontraktor Bumiputera yang disasarkan kepada para kontraktor bumiputera sekitar Mukah dan Sibu.  Seminar yang berlangsung selama sehari di Politeknik Mukah ini bertujuan memberi pengetahuan kepada syarikat dalam urusan mendapatkan pengiktirafan taraf Bumiputera daripada PKK selain menyemai elemen integriti dalam urusan seharian.

Pada seminar ini juga para kontraktor mendapat peluang untuk berinteraksi dan bertukar pendapat selain menjalin satu hubungan jaringan sesama kontraktor.  Seramai seratus kontraktor telah menjadi peserta seminar ini yang telah dirasmikan pembukaannya oleh YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerja Raya manakala perasmian penutupannya oleh YB Datuk Fadillah Yusof, Menteri Kerja Raya.

Kerajaan melalui PKK sedang memperkemaskan dan menyusun semula sesi latihan dan kursus dengan memberikan fokus program latihan kepada kursus-kursus teknikal pada masa akan datang.  Sebanyak 264 program dirancang oleh PKK untuk tahun 2014 dan jumlah sasaran peserta adalah seramai 21,100 kontraktor dari gred G1 hingga G7.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.