Langkau ke kandungan utama
0

Mesyuarat Penutup Pengauditan Pensijilan Semula Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Kementerian Kerja Raya

Kuala Lumpur, 27 Mac 2024 - Petang ini telah diadakan Mesyuarat Penutup Pengauditan Pensijilan Semula Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Kementerian Kerja Raya yang diadakan di Aras 6 Blok B, Kompleks Kerja Raya.

Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Mohd Sakeri Bin Abdul Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Pengurusan KKR bagi mendengar maklum balas secara keseluruhan hasil auditan yang dilaksanakan oleh Bahagian Pemodenan Tadbiran Awam (BPTA), Jabatan Perkhidmatan Awam.

Pelaksanaan pengauditan bagi pensijilan semula EKSA di KKR oleh barisan juruaudit daripada BPTA JPA bermula pada hari 25 Mac 2024 dan akan berakhir pada 27 Mac 2024. Menyingkap latar belakang pelaksanaan EKSA, ia telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada sektor awam di Malaysia.

Semoga Kementerian Kerja Raya menerima keputusan cemerlang hasil daripada auditan pensijilan semula EKSA kali ini. Terima kasih atas kerjasama kepada semua warga kerja raya.

Tarikh Dan Waktu Acara