Pengenalan e-Bundle
Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Kementerian Kerja Raya (KKR) telah memperkenalkan satu projek kitar semula di kalangan warga KKR yang dinamakan sebagai e-Bundle. Objektif utama yang ditekankan mengenai pogram ini adalah untuk membudayakan amalan kitar semula di kalangan warga KKR. Program e-Bundle adalah berkonsepkan ‘Match & Meet’ di mana sumbangan penyumbang itu akan diberikan kepada penerima sumbangan secara percuma.
Semua Bahagian/Unit KKR boleh menyertai projek ini dengan mengimbas (quick-response code) QR code yang disediakan urus setia induk dan juga melalui platform media sosial di Instagram (@ebundlebkp). BKP, KKR turut mengambil langkah inisiatif dengan melaksanakan kerja pemasangan bunting di Lobi Blok A, Lobi Blok B dan juga di Ruangan Hadapan BKP, Aras 9, Blok B.
![]() |
![]() |
![]() Instagram (@ebundlebkp) |
|
![]() Lobi Blok A |
|
![]() Lobi Blok B |
|
![]() Ruangan Hadapan BKP, Aras 9, Blok B |