Langkau ke kandungan utama

Gambar Aktiviti Amalan Eksa Tahun 2023

Tahun 2023

Aktiviti 1

Kursus Pemantapan Jawatankuasa EKSA KKR bagi Tahun 2023 telah diadakan pada 8 Februari 2023 bertempat di Bilik Mawar 3, Tingkat 12, Blok B, Kompleks Kerja Raya dan telah disampaikan oleh Encik Ali bin Isa, Fasilitator EKSA lantikan MAMPU dari Kementerian Kerja Raya Malaysia.

 

Aktiviti 2

 

Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) oleh Unit Hal Ehwal Agama – Agama Lain (UNIFOR), Jabatan Premier Sarawak ke Kementerian Kerja Raya (KKR) telah berlangsung pada 10 Februari 2023 yang diketuai oleh YBhg. Datu Jack Aman Luat bersama-sama 14 orang pegawai diiringi oleh urus setia induk EKSA KKR ke Bahagian yang terpilih. YBhg. Datu Jack Aman Luat yang diiringi oleh Puan Zurifah binti Zuhairon, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, turut mengambil kesempatan melakukan lawatan singkat ke Pejabat Menteri untuk bertemu dengan Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

 

Aktiviti 3

 

Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) oleh Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Kementerian Kerja Raya (KKR) ke Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Batang Padang, Perak telah berlangsung pada 21 Jun 2023. Untuk makluman, JKR Daerah Batang Padang telah menerima pensijilan EKSA dengan kategori Cemerlang daripada pihak MAMPU.

 

Aktiviti 4

 

Kursus Audit Dalaman EKSA KKR bagi Tahun 2023 telah diadakan pada 5 Julai 2023 bertempat di Bilik Mawar 1, Tingkat 12, Blok B, Kompleks Kerja Raya dan telah disampaikan oleh Encik Abd Jamil bin Mohd Noor, Fasilitator EKSA lantikan MAMPU dari Kementerian Kerja Raya Malaysia.

 

Aktiviti 5

 

Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Kementerian Kerja Raya (KKR) telah memperkenalkan satu projek kitar semula bermula tahun 2022 yang bertujuan untuk membudayakan amalan kitar semula di kalangan warga KKR yang dinamakan sebagai e-BUNDLE. e-BUNDLE adalah satu program yang berkonsepkan ‘‘meet & match’’ di dalam talian di antara penyumbang dan penerima. Untuk makluman, BKP turut mengambil inisiatif dengan memperkenalkan program e-BUNDLE kepada semua warga KKR dengan mempamerkan bunting di 3 lokasi berbeza iaitu di Lobi Blok A, Lobi Blok B dan juga di Ruang hadapan BKP, Tingkat 9, Blok B. Semua warga KKR adalah dialu-alukan untuk mengikuti program e-BUNDLE ini di laman Instagram @ebundlebkp.

 

Aktiviti 6

 

Puan Zurifah binti Zuhairon, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan telah menyampaikan sijil pengharagaan kepada Tuan Mohd Nasir bin Deraman, Penolong Ketua Pengarah Kastam.

 

Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengadakan satu Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di Menara Kastam Sabah, Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada 18 Julai 2023. Untuk makluman, Jabatan Kastam Sabah telah memperolehi pensijilan EKSA dengan kategori Cemerlang daripada pihak MAMPU. Seramai 20 peserta yang terdiri daripada Fasilitator/Ketua Zon daripada Bahagian/Unit di KKR telah menyertai lawatan ini.

 

Aktiviti 7

 

Jawatankuasa Induk Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Kementerian Kerja Raya (KKR) iaitu Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) telah menerima lawatan penanda aras EKSA dari Jabatan Peguam Negara (AGC) yang diketuai oleh Encik Kasman bin Abdul Rahim, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Pentadbiran, Aset dan Kualiti, Bahagian Pengurusan AGC pada 20 September 2023.

 

Aktiviti 8

Tempat Pertama

(Bahagian Pengurusan Fasiliti)

 

Penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi Sesi Audit Dalaman EKSA Siri 1 dan Siri 2 Tahun 2023 telah disampaikan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi serta Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad semasa Majlis Perhimpunan Bulanan Siri 3/2023 peringkat Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Agensi yang diadakan di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya Malaysia. Johan Zon Terbaik EKSA KKR ini adalah dari Bahagian Pengurusan Fasiliti (BPF) KKR yang telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM700.00, sijil serta piala.

Tempat Kedua

(Bahagian Perancangan Korporat)

Tempat Ketiga

(Bahagian Akaun)

 

Sebanyak lapan (8) Bahagian/Unit di Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menerima hadiah wang tunai dan sijil.

 

*Tarikh kemaskini akhir pada 16 Oktober 2023