Langkau ke kandungan utama

Gambar Aktiviti Amalan Eksa Tahun 2024

Tahun 2024

Aktiviti 1

Audit Naziran Khas EKSA Kementerian Kerja Raya telah dilaksanakan oleh CHAMPIONS EKSA KKR pada 15 hingga 18 Januari 2024 di semua bahagian dan unit KKR. Tujuan naziran ini dilaksanakan adalah bagi persediaan KKR menghadapi Audit Pensijilan Semula EKSA oleh pihak MAMPU yang dijadualkan berlangsung selama tiga (3) hari pada 13 sehingga 15 Februari 2024.

Aktiviti 2

Kursus Familiarisasi Pelaksanaan EKSA Dan EKSA Kendiri KKR dan Agensi bagi Tahun 2024 telah diadakan pada 22 Februari 2023 bertempat di Bilik Mawar 2, Tingkat 12, Blok B, Kompleks Kerja Raya dan telah disampaikan oleh Encik Abd Jamil Bin Mohd Noor, Fasilitator EKSA lantikan MAMPU dari Kementerian Kerja Raya Malaysia.

Aktiviti 3

Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Kementerian Perpaduan Negara (KPN) ke Kementerian Kerja Raya (KKR) telah diadakan pada 11 Mac 2024 dengan jayanya. Lawatan ini telah dihadiri oleh tiga puluh satu (31) peserta yang diketuai oleh Puan Norlilawati Binti Ramli, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Khidmat Pengurusan KPN.

Taklimat pelaksanaan EKSA di KKR telah disampaikan oleh Jawatankuasa Induk EKSA KKR yang dipengerusikan oleh Puan Suhana Binti Md Sharif, Ketua Penolong Setiausaha Cawangan Pengurusan Kualiti, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) kepada peserta yang hadir. Dua (2) zon telah dipilih untuk lawatan penanda aras kali ini iaitu Zon Dahlia (Bahagian Kewangan) dan Zon Lavender (Unit Integriti).

 

*Tarikh kemaskini akhir pada 18 Mac 2024