Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur Tel: +603-27111100 Fax: +603 - 2711 1590/1592

Berita

MAJLIS PERASMIAN JAMBATAN KUALA KRAU , TEMERLOH

Majlis Perasmian Jambatan Kuala Krau, Mukim Jenderak, Temerloh telah diadakan pada 8 Mac 2010. Jambatan yang telah dibina dengan kos RM 61 Juta dirasmikan oleh, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

MAJLIS “ A PASSAGE THROUGH TIME’’ OLEH PUSPANITA KKR

PUSPANITA KKR telah mengadakan Majlis Jamuan Hi-Tea buat julung kalinya pada 5 Mac 2010 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.Bhg Datin Rozana Mohamed Khalid, Penaung PUSPANITA, Kementerian Kerja Raya.

PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN KERJA RAYA (MAC) 2010

Perhimpunan Bulanan Kementeria Kerja Raya (Mac) 2010Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengadakan perhimpunan bulanan bagi warga kementerian pada 4 Mac 2010 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya. Perhimpunan Bulanan tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kerja Raya Y.Bhg Datuk Thomas George. Perancangan Strategik bagi tahun 2010 telah menjadi topik utama dalam perhimpunan pada kali ini.

KKR Dalam Media