KEMENTERIAN KERJA RAYA TERUS UNGGUL DIIKTIRAF LIMA (5) BINTANG | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

KEMENTERIAN KERJA RAYA TERUS UNGGUL DIIKTIRAF LIMA (5) BINTANG

PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman bin Ibrahim telah menghadiri Majlis Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) di Dewan Damar Sari 3, Putrajaya bagi menerima Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2025 sebentar tadi.

Kejayaan mengekalkan pengiktirafan lima (5) bintang dengan markah cemerlang 96% ini adalah hasil pengauditan menyeluruh oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang telah dilaksanakan di KKR pada 24 hingga 26 Jun 2025 yang lalu.

Pencapaian berprestij ini mencerminkan tahap integriti, disiplin dan kesiapsiagaan tinggi Kementerian dalam memastikan persekitaran keselamatan perlindungan KKR sentiasa terpelihara dan berada pada tahap optimum.

Syabas dan tahniah kepada seluruh warga KKR atas dedikasi dan komitmen yang diberikan. 

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3