Langkau ke kandungan utama

Berita KKR

 

 

1

Kajang, 18 Mac – Seramai 250 orang kontraktor bumiputera sekitar Selangor telah menghadiri Seminar Memperkasa Kontraktor Bumiputera di Dewan Besar Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang hari ini.  Seminar ini merupakan anjuran Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dengan kerjasama Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Selangor. 

Perasmian penutupannya telah disempurnakan oleh YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerja Raya.  Dalam ucapannya, beliau memaklumkan bahawa Kementerian melalui PKK sentiasa merangka program untuk memperkasakan para kontraktor dengan mendedahkan mereka kepada urusan pengiktirafan bumiputera, aspek inspektorat dan penguatkuasaan selain elemen integriti. 

“(Seminar) Ini adalah satu pendekatan pengukuhan kapasiti Kontraktor Bumiputera yang selaras dengan hasrat kerajaan untuk ‘Merakyatkan Perkhidmatan Awam’ dan memperkasakan Agenda Bumiputera,” katanya lagi sebelum merasmikan seminar sehari ini.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

1

ALOR GAJAH, 14 Mac – Majlis Pecah Tanah Pusat Kecemerlangan Teknologi Nasional Malaysia (PKTNM)-Institut Latihan Jabatan Kerja Raya Malaysia telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Fadillah Haji Yusof, Menteri Kerja Raya bersama Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Ir. Haji Idris Haji Haron, hari ini. 

Pusat latihan ini merupakan projek pembinaan yang dilaksanakan secara perkongsian awam swasta (PPP) melalui kaedah bina-pajak-selenggara-pindah oleh Syarikat Indera Persada Sdn. Bhd. Ia dijangka menjadi pusat latihan yang terkemuka dengan kepakaran yang diiktiraf dunia dalam menyediakan pengawai dan kakitangan teknikal kompeten.

Projek pembinaan pusat latihan ini merangkumi pembinaan bangunan pentadbiran, perpustakaan, pusat pengajian, makmal penyelidik inovasi, makmal latihan dan simulasi, infrastruktur ICT dan komunikasi, dewan serbaguna, pusat pengurusan fasiliti yang mempunyai kemudahan penginapan, kemudahan am serta kemudahan sukan dan rekreasi.  Ianya dibina diatas tanah berkeluasan 110 ekar dan dijangka mampu melatih seramai 30 ribu orang pegawai dan kakitangan teknikal JKR dari seluruh negara.

Turut hadir sama ialah YBhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Ir Hj. Mohd Noor Bin Yaacob, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya dan Tan Sri Mohd Zaman Khan, Pengerusi Syarikat Indera Persada Sdn Bhd.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

1

KENINGAU 7 Mac - Penduduk di beberapa daerah di negeri ini mampu menarik nafas lega apabila kerajaan akan memperbaiki keadaan jalan raya yang terjejas teruk akibat bencana banjir baru-baru ini bagi keselesaan para pengguna.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, peruntukan RM11.64 juta akan dikeluarkan bagi membaiki kerosakan di 18 lokasi jalan Persekutuan itu.

"Daripada jumlah itu, RM5.7 juta akan digunakan untuk membaiki kerosakan enam laluan jalan di Keningau, Beaufort, Tenom dan Sipitang. Tahun ini secara keseluruhannya kerajaan memperuntukkan sebanyak RM400 juta bagi membaiki kerosakan jalan di Sabah dan Sarawak berbanding RM170 juta tahun lalu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat beberapa lokasi jalan rosak akibat banjir di Beaufort, Keningau dan Tenom di sini semalam.

Penjelasan Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar itu sekali gus menafikan tohmahan pembangkang kononnya kerajaan tidak melakukan sebarang tindakan bagi mengatasi masalah jalan raya yang rosak akibat banjir baru-baru ini. -Utusan Melayu (M) Bhd

Image removed.

Image removed.Image removed.Image removed.Image removed.Image removed.

1

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Satu lawatan kerja telah diatur bertujuan untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai isu-isu semasa yang dihadapi oleh kedua-dua lebuh raya dalam Bandar ini.  Lawatan kerja ini diketuai oleh YB Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

YB Datuk Rosnah telah dibawa untuk melawat lokasi-lokasi yang kerap berlaku kesesakan khasnya pada waktu puncak (pagi dan petang) seperti di Bandar Utama (KM6.0 arah selatan), Taman Tun Dr. Ismail, Lebuhraya Persekutuan, Bandar Sunway dan Bandar Puchong dan ketika lawatan tersebut, penerangan telah disampaikan oleh En. Francisco Anthony Doss Penolong Pengurus Besar (Operasi), Lebuhraya Damansara-Puchong.

Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) siap dibina pada Disember 1998, merupakan laluan yang menghubungkan tempat-tempat utama di Lembah Klang, mempunyai 19 persimpangan bertingkat.  Ia melengkapkan Jalan Lingkaran Tengah II, di sebelah barat Lembah Klang. Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) merupakan syarikat konsesi untuk LDP.

SISTEM Penyuraian Trafik KL Barat atau juga dikenali sebagai SPRINT adalah konsesi kepada tiga hubungan utama iaitu Hubungan Damansara, Hubungan Kerinchi dan Hubungan Penchala. Ketiga-tiga hubungan ini dibina khusus untuk mengurangkan kesesakan di sebelah barat Kuala Lumpur.

Turut sama dalam lawatan ini ialah Pn. Josephine Juliana Arul (TSUB-PP2), Kementerian Kerja Raya, Sr. Aziz Abdullah (TKP –B) Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Pn. Zahratul U’la Binti Ibrahim, Pengarah Wilayah Tengah, Lembaga Lebuhraya Malaysia.

    

    Image removed.Image removed.Image removed.Image removed.Image removed.Image removed.

1

GEORGE TOWN, 1 Mac - Ikon terbaharu negara, Jambatan Kedua Pulau Pinang atau JK2PP, dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini dengan disaksikan lebih 10,000 orang.

Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba pada kira-kira 8.30 malam untuk merasmikan jambatan sepanjang 24km itu, yang merupakan jambatan terpanjang di Asia Tenggara.  Turut mengiringi Najib ialah Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Acara bersejarah penuh warna-warni itu turut disaksikan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Tun Jeane Abdullah, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan Datuk Seri S. Samy Vellu serta Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Teng Chang Yeow, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak berkuasa Pelaksanaan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCIA) Datuk Redza Rafiq dan barisan exco kerajaan negeri.

Ketibaan Najib dan Rosmah disambut dengan nyanyian 1M4U dan orang ramai dilihat berpusu-pusu mahu bersalam dan mengambil gambar mereka.  Sejurus Perdana Menteri merasmikan jambatan kedua itu, langit pulau mutiara diserikan dengan pertunjukan bunga api sebagai simbol perasmian jambatan baharu itu.

Perdana menteri dan isteri turut menaiki bas dua tingkat tanpa bumbung dari persimpangan Batu Maung hingga ke gerbang jambatan itu.  Setelah dinanti-nantikan selama lima tahun, jambatan baharu itu akan dibuka pada 12.01 tengah malam ini untuk membolehkan orang ramai melihat sendiri keunikan struktur jambatan dan plaza tol itu, yang dikatakan terbesar di negara ini dengan 28 kiosk bayaran.

Jambatan sepanjang 24 kilometer dengan 17 kilometer daripadanya merentasi laut dan tujuh kilometer di daratan, bakal merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri terutama di zon perindustrian tanah besar di Batu Kawan.  Selain mengurangkan kesesakan di Jambatan Pulau Pinang, jambatan itu yang diilhamkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan direalisasikan Abdullah, akan merapatkan lagi pembangunan sosial dan ekonomi antara Batu Maung di kawasan pulau dan Batu Kawan di tanah besar.

Projek mega itu yang menelan kos RM4.5 bilion dikendalikan oleh kontraktor China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC) dan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) sebagai pemegang konsesi untuk 45 tahun.  Selain dibina dengan reka bentuk bersifat lestari alam sekitar, JK2PP mempunyai kelebihan kerana menggunakan sistem galas getah redaman tinggi (HDRB) yang mampu menahan kesan gegaran gempa bumi sehingga 8.2 pada skala richter pada jarak 300km daripada punca gempa bumi.

HDRB adalah produk daripada getah asli yang direka bentuk oleh Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak di United Kingdom, iaitu makmal milik Lembaga Getah Negara dan dihasilkan sepenuhnya di dalam negara.  Pada 30 April tahun lepas, Najib menjadi pemimpin pertama negara yang menggunakan laluan JK2PP dari bahagian pulau ke tanah besar untuk menghadiri satu majlis di Kepala Batas, Seberang Perai.-- BERNAMA

1

KUALA LUMPUR, 27 Februari - Satu Sesi Dialog yang melibatkan Kementerian Kerja Raya (KKR) dan agensi-agensi Kerajaan serta penggiat industri pembinaan telah dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya. Antara isu-isu yang dibangkitkan oleh industri dalam dialog tersebut termasuk Industrialised Building Sytem (IBS), personel binaan, bahan binaan serta cukai dan GST yang berkaitan sektor pembinaan.

Pada Majlis Dialog ini juga, Ketua Eksekutif CIDB Malaysia Dato’ Sri Ir Dr Judin Abdul Karim, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pakar Bagi Mengkaji Semula Amalan Industri Pembinaan telah membentangkan penemuan dan cadangan daripada Jawatankuasa tersebut untuk mendapatkan input dan pandangan daripada pihak industri pembinaan sebelum perkara ini dibentangkan kepada Jemaah Menteri.

Antara penemuan Jawatankuasa tersebut adalah dari aspek perundangan, keselamatan serta peranan dan tanggungjawab yang melibatkan industri pembinaan perlu diberi fokus untuk penambahbaikan.  Majlis ini turut dihadiri YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerja Raya, dan YBhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha KKR.

1

KUALA LUMPUR, 27 Februari – Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya (KKR) kali kedua untuk tahun ini telah diadakan di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, hari ini.  “KKR dan semua agensi perlu menggunakan media sosial untuk menyalurkan sebarang maklumat kepada masyarakat dengan lebih tepat”.  YB Datuk Haji Fadillah Haji Yusof, Menteri Kerja Raya berkata demikian sewaktu perhimpunan tersebut. Teks ucapan beliau telah dibacakan oleh YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerja Raya.

Intipati ucapan turut menyatakan bahawa KKR akan melaksanakan Program Khidmat Masyarakat (CSR) yang sesuai untuk mendekati rakyat selain seruan kepada semua warga KKR supaya menjalankan tugas dengan amanah dan perlunya menjaga integriti sebagai penjawat awam supaya tidak berlaku ketirisan. 

Perhimpunan tersebut telah dihadiri oleh warga KKR, Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). 

1

JERLUN, 21 Februari – Menteri Kerja Raya, YB Datuk Haji Fadillah Haji Yusof telah menghadiri Program Khidmat Masyarakat Kerja-kerja Mengecat Masjid Al-Huda Kampung Tok Kepak ,di sini. 

Program ini merupakan anjuran bersama oleh Pusat Khidmat Kontraktor Kementerian Kerja Raya Malaysia, Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Kedah yang disertai oleh 300 orang Kontraktor Bumiputera.  Aktiviti utama program ini ialah taklimat berkenaan asas-asas pengecatan bangunan oleh Syarikat Bina Paint Marketing Sdn. Bhd dan disusuli dengan latihan praktikal mengecat masjid yang dirasmikan oleh Datuk Fadillah. 

Turut hadir sama ialah YBhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KSUKKR), YBrs. En. Zainudin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan)  [TKSU(P)] dan YBhg. Dato' Seri Ir. Hj. Mohd Noor Bin Yaacob, Ketua Pengarah Kerja Raya(KPKR).

1

KEDAH, 21 Februari - Menteri Kerja Raya, YB Datuk Haji Fadillah Haji Yusof telah mengadakan lawatan kerja ke projek pembinaan dan naiktaraf jalan hari ini.  Datuk Fadillah turut mengadakan kunjungan hormat terhadap YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah.

Antara projek yang dilawati Datuk Fadillah adalah Jalan Baru Lencongan Timur dari Persimpangan Jalan Tun Razak (Fasa 1), Jalan Baru Lencongan Timur dari Persimpangan Alor Mengkudu ke Persimpangan Jalan Tun Razak (Fasa 2A) serta projek membaik pulih dan menaiktaraf Jalan Alor-Setar-Kuala Nerang-Durian Burung.

Apabila projek ini siap kelak, ia akan melancarkan lagi pergerakan trafik dari selatan ke kawasan pertumbuhan pembangunan baru di Pokok Sena dan Durian Burong di sempadan Thailand.  Ia juga bakal menjadi jalan pintas dan memberi akses menyeluruh di sebelah Timur Bandaraya Alor Setar.  Ia juga akan memberi impak kepada pergerakan trafik yang lebih lancar memandangkan jalan yang sedia berdekatan dengan Jalan Langgar telah mencapai LOSE-F pada waktu puncak dan membuka koridor baru untuk pertumbuhan pembangunan.

1

PERLIS, 20 Februari –YB Datuk Haji Fadillah Haji Yusof, Menteri Kerja Raya telah mengadakan lawatan kerja ke negeri Perlis, hari ini.  Dalam lawatan kerja tersebut, Datuk Fadillah telah meninjau projek-projek pembinaan kemudahan SUKMA 2014 di Kompleks Sukan Negeri Perlis.

Antara projek yang dilawati beliau ialah projek menaiktaraf Stadium Utama Kangar, Gelanggang Tenis, Padang Hoki, Kelab Golf Putra dan Infrastruktur Kolam Renang.  Manakala Bangunan Baru Gelanggang Squash, Bangunan Lapang Sasar Menembak dan Tangki Air Menara masih lagi dalam fasa pembinaan. Datuk Fadillah juga turut melawat ke Projek Menaiktaraf Jambatan Syed Putra di Kuala Perlis dan mengadakan kunjungan hormat terhadap YAB Tuan Azlan bin Man, Menteri Besar Perlis di Pejabat Menteri Besar Perlis,

Turut hadir sama ialah YBhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KSUKKR), YBrs. En. Zainudin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) [TKSU(P)] dan YBhg. Dato' Seri Ir. Hj. Mohd Noor Bin Yaacob, Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR).