Langkau ke kandungan utama

Berita KKR

 

 

1

KUALA LUMPUR, 27 Mei 2014 – Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZWP) hari ini telah menganjurkan satu Wacana Ilmu bersempena peristiwa Israk dan Mikraj bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid Kompleks Kerja Raya.

Ceramah pada majlis itu telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Al-Fadhil Al Ustaz Zulkifli bin Ahmad dan telah disertai oleh warga KKR serta agensi – agensi di bawahnya.  PPZWP turut membuka kaunter potongan gaji bagi warga KKR yang berminat.

1

TELUK INTAN, 25 Mei 2014 : Komitmen kerajaan untuk mengutamakan rakyat sekali lagi terbukti apabila projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (Banting-Taiping) dilancarkan secara rasmi hari ini oleh YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.  

Projek lebuh raya menghubungkan antara dua negeri iaitu Negeri Selangor Darul Ehsan dan Negeri Perak Darul Ridzuan ini mampu merangsang pembangunan sosio ekonomi sepanjang jajaran koridor. Projek yang bernilai RM5,044 juta yang dijangka siap dalam 5 tahun ini akan memberi sekurang-kurangnya 25,000 peluang pekerjaan semasa pembinaan dan 1,000 pekerjaan semasa operasi kelak.

Lebuh raya ini akan dibina dengan empat lorong dua hala (Dual-Two) dengan jarak keseluruhan jajaran Banting, Selangor hingga ke Changkat Jering, Perak adalah 233km. Selain daripada itu lebuh raya ini menyediakan 21 persimpangan serta menghubungkan lebuh raya SKVE, PLUS KESAS, LATAR dan SHAPADU.

Turut hadir ialah Menteri Kerja Raya, YB Datuk Haji Fadillah Yusof, Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir, Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Ketua Setiausaha KKR, YBhg. Datuk Himmat Singh.

1

KUALA LUMPUR, 20 Mei 2014 –  Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama Jabatan Perlindungan Data Peribadi,  Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia,   telah mengadakan satu  taklimat mengenai kepentingan  Akta Perlindungan Data Peribadi atau Personal Data Protection Act (PDPA) hari ini.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Data Peribadi, YBrs. Dr Zainal Abidin bin Sait kepada Pengurusan Tertinggi KKR.

Akta ini telah berkuatkuasa pada 15 November 2013 untuk memastikan semua pengguna data peribadi dalam transaksi komersial mematuhi undang-undang perlindungan data peribadi serta tindakan penguatkuasaan untuk membanteras penyalahgunaan data peribadi agar hak peribadi rakyat Malaysia sentiasa terpelihara.

Turut hadir dalam taklimat tersebut ialah YBhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha KKR.

1

SUBANG, 8 Mei 2014 – Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengambil inisiatif dengan mengadakan Operasi Penguatkuasaan Bersepadu melibatkan enam agensi kerajaan iaitu Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri, Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) dan Lembaga Jurutera Malaysia disini hari ini.

“Kita akan memberi penekanan kepada semua projek kerajaan supaya sentiasa mematuhi dan mengamalkan amalan baik berhubung kesihatan dan keselamatan di tapak pembinaan,” kata  YB Menteri Kerja Raya, Datuk Haji Fadillah Yusof  ketika mengetuai operasi penguatkuasaan bersepadu Kementerian Kerja Raya (KKR) di tapak pembinaan Kampus UniKL- Malaysia Institute of Aviation Technology (MIAT)

Menurutnya lagi jika didapati mana-mana projek kerajaan di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak mematuhi kepada mana-mana undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan maka KKR akan mengambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

“JKR sebagai agensi pelaksana yang utama di dalam negara perlu menjadi contoh kepada agensi kerajaan lain serta pihak swasta dalam pematuhan kepada undang-undang dan garis panduan keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan. Projek-projek kerajaan harus menunjukkan contoh terbaik dalam amalan keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan untuk mewujudkan suasana pekerjaan yang selamat dan bebas dari sebarang kemalangan nyawa,” katanya lagi.

1

KUCHING, 6 Mei - Seminar Construction on Peat Soil in Malaysia telah dianjurkan oleh Construction Research Institute of Malaysia (CREAM) dengan kerjasama Research Centre for Soft Soils (RECESS) Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia (UTHM) bertempat di Kuching, Sarawak hari ini. Seminar yang berlangsung selama dua hari ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerja Raya mewakili YB Menteri Kerja Raya.

Seramai lebih daripada 130 orang peserta telah menyertai seminar tersebut yang terdiri daripada para penggiat industri pembinaan, pakar-pakar geoteknikal, profesional tempatan dan agensi kerajaan.

Tujuan seminar diadakan adalah untuk membincangkan secara terperinci projek pembinaan di tanah gambut di Malaysia dan melaksanakan projek penyelidikan bagi membangunkan Garis Panduan pembinaan di kawasan tanah gambut.

Projek penyelidikan yang sedang dijalankan ini juga bertepatan dengan inisiatif Kerajaan dalam melaksanakan Projek Jalan Pan Borneo di mana cabaran besar yang perlu dihadapi adalah masalah mendapan sebahagian besar jajaran di kawasan Sarawak yang diliputi kawasan bertanah gambut.

Selain itu, CREAM dan CIDB juga sedang menjalankan projek R&D bertajuk Sustainable Village and Affordable House Using Solar Energy for Rural Communities and Remote Areas bagi perkampungan mapan di Kompleks CIDB dan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Kuching, Sarawak. Projek ini bertujuan menonjolkan penggunaan bahan binaan yang lebih mesra alam dan berkonsepkan teknologi hijau.

 Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

 

1

KUALA LUMPUR , 23 April – Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengadakan latihan pengungsian bangunan bertempat di Kompleks Kerja Raya disini. Antara objektif penganjuran latihan tersebut adalah bagi memberi pendedahan dan memastikan seluruh penghuni dan warga kerja bangunan KKR berpengetahuan dan berpengalaman ketika menghadapi kecemasan kebakaran sebenar serta dapat menghalang dan mengawal sebarang kemungkinan jika berlaku kemalangan jiwa, trauma dan kerosakan harta benda. Secara keseluruhan latihan telah ditamatkan dengan jayanya.

1

BINTULU, 25 April - Kerajaan meluluskan peruntukan berjumlah RM144 juta untuk menaiktaraf jalan Tanjung Kidurong – Samalaju Industrial Park dalam usaha merancakkan kegiatan ekonomi di kawasan tersebut. 

Kerja-kerja menaiktaraf itu akan dilaksanakan secara berperingkat dan dibahagikan kepada 2 fasa.

Bagi fasa pertama, pembinaan dua lokasi lorong memotong di KM6.4-KM9.0 dengan kos sebanyak RM9.6 juta dan KM31.6–KM34.1 dengan kos sebanyak RM7.8 juta telah dimulakan pada bulan Julai 2013 dan dijangka siap pada Julai 2014.

Bagi fasa kedua pula, jalan sepanjang 16km (KM0 - KM4 dan KM39 – KM51) akan dinaiktaraf dari satu lorong single carriageway kepada dua lorong dual carriageway dengan kos sebanyak RM126.6 juta. Pada masa ini, rekabentuk sedang disediakan dan dijangka siap (rekabentuk) pada Mei 2014.

Berdasarkan perancangan, pembinaan fasa kedua ini akan dimulakan pada tahun 2014, iaitu selepas melalui proses Pengurusan Nilai (value management) yang dijangka dilakukan pada awal Jun 2014. Tempoh siap fasa 2 ini ialah selama 24 bulan.

Kementerian juga telah membuat permohonan semula kepada Agensi Pusat untuk meluluskan dan menyenaraikan satu lagi projek menaiktaraf iaitu jalan Kidurong – Nyabau di dalam Rolling Plan Keempat (RP-4) (2015), Rancangan Malaysia Kesepuluh. Skop projek adalah menaik taraf jalan sepanjang 4.5 kilometer dari 4 lorong 2 hala kepada 6 lorong 2 hala mengikut piawaian JKR U5.

Berhubung cadangan membina jejambat (flyover) di Medan Jaya, Kementerian difahamkan terdapat perancangan oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk membangunkan pusat komersial berskala besar di kawasan rendah.

Sehubungan itu, Kementerian ini akan mendapatkan pengesahan terlebih dahulu daripada Kerajaan Negeri melalui JKR Sarawak mengenai pelan pembangunan struktur di kawasan berkenaan sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
 

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

1

SUBANG JAYA, 24 April – Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), YBhg Datuk Himmat Singh telah merasmikan pembukaan pusingan-U bertingkat di persimpangan Kewajipan KM37.5, Lebuhraya Shah Alam disini hari ini.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan KKR, projek yang telah dimulakan pada 26 November 2012 dengan kos sebanyak RM23.5 juta itu akan dapat membantu menyelesaikan kesesakan yang dihadapi oleh penduduk Subang Jaya dan kawasan sekitar terutamanya pada waktu puncak.

Ini juga akan membantu menyuraikan kesesakan trafik di Persimpangan Bertingkat Kewajipan, Lebuhraya Shah Alam dan seterusnya melancarkan aliran trafik di kawasan tersebut.

Sementara itu pihak KKR juga menyatakan penghargaan kepada syarikat Sunway South Quay Sdn. Bhd. yang telah membina ramp masuk dan ramp keluar di KM39.5 Lebuhraya Shah Alam dengan tanggungan sendiri.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

1

PAPAR, 20 April - Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin hari ini telah hadir bagi merasmikan Program Khidmat Masyarakat Kerja-kerja Mengecat dan Latihan Praktikal Membaikpulih Pagar di Surau Kampung Gana , di sini.

Program yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) melalui Kementerian Kerja Raya (KKR) dengan kerjasama Pejabat Daerah Papar ini telah disertai oleh lebih 350 orang Kontraktor Bumiputera serta penduduk dari Kampung Gana.

Antara objektif penganjuran program ini adalah bagi memberi pendedahan kepada kontraktor bumiputera serta penduduk setempat dalam aspek teknikal ilmu membaik pulih dan latihan praktikal mengecat surau serta melaksanakan satu bentuk khidmat sosial (CSR) para kontraktor bumiputera kepada masyarakat.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KKR, YBhg. Dato’ Haji Zainudin Zakaria, Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Manis, Datuk Haji Abdul Rahim Ismail dan Pengarah PKK KKR, Encik Yahaya Hassan.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

 

 

1

KOTA BELUD, 19 April – Kerjasama erat diantara Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) akan diteruskan sejajar dengan Strategi Lautan Biru (National Blue Ocean Strategy) bagi mengoptimumkan sumber aset dan peruntukan kerajaan.

“Kerajaan memperkenalkan kerjasama strategik pelbagai jabatan dan agensi melalui ‘NBOS’ yang bukan sahaja dapat memberikan impak tinggi kepada masyarakatmalah dapat menjimatkan perbelanjaan negara,” kata YB Datuk Rosnah binti Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerja Raya ketikamerasmikan Program Khidmat Masyarakat Kerja-kerja Mengecat dan Latihan Praktikal Membaikpulih Pagar di surau Kampung Kulambai Dundau, di sini.

“Program ini juga telah berjaya mengumpul dan menarik minat lebih 300 orang kontaktor bumiputera Gred G1- G7 serta penduduk Kampung sekitar Kampung Kulambai Dundau, Kota Belud,”katanya.

KKR juga katanya lagi sedang mempergiatkan usaha bagi menggabungkan PKK dengan Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) bagi mendapatkan gabungan yang maksimum dalam usaha untuk melaksana Agenda Pemerkasaan Bumiputera.

“Diharap dengan gabungan strategik ini nanti ianya dapat menangani segala perkara berkaitan kontraktor dan usahawan Bumiputera yang juga akan berperanan sebagai sebuah ‘one stop centre’,”katanya.

Image removed.

Image removed.Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.