Langkau ke kandungan utama

Berita KKR

 

 

1

KUALA LUMPUR, 2 Mac 2018: Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengadakan sesi ramah mesra YB Menteri Kerja Raya Bersama Warga Kementerian dan Agensi sambutan Tahun Baru Cina 2018 peringkat kementerian bertempat di Bilik Tanjung, Kementerian Kerja Raya.

Majlis ini diserikan lagi dengan dengan kehadiran Menteri Kerja Raya YBhg YB Dato’ Sri Haji Fadhilah bin Haji Yussof.dan Timbalan Menteri Kerja Raya YBhg YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Aktiviti yang dilakukan sepanjang sesi termasuklah aktiviti menggaul Yee Sang, sesi beramah mesra dan nyanyian.

Turut hadir termasuklah Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Dato' Sri Zohari bin Akob, Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Ir. Roslan bin Taha serta Ketua Eksekutif CIDB, Dato' Ir. Ahmad 'Asri Abdul Hamid, pegawai- pegawai Kementerian dan Agensi.

1

KUALA LUMPUR, 6 Mac 2018: Seminar on Traffic Management at Work Zone – Meeting Mobility and Safety Needs telah berlangsung di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya. YB Datuk Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerja Raya telah hadir mewakili Menteri Kerja Raya merasmikan seminar tersebut serta membacakan teks ucapan perasmian.

Seminar ini bertunjangkan kepada peranan Kementerian Kerja Raya dalam Pembangunan infrastruktur jalan raya serta Pelan Strategik Organisasi, KKR dalam aspek peningkatan keselamatan dan keselesaan infrastruktur. Selain itu seminar ini juga memfokuskan mengenai cabaran dan keperluan perlaksanaan pengurusan trafik di zon kerja.

Pembangunan infrastruktur adalah salah satu kayu pengukur kepada kedudukan kekukuhan dan pembangunan sesebuah negara. Dengan pelancaran Arahan Teknik Jalan: Manual on Traffic Control Device – Temporary Sign and Work Zone Control iaitu ATJ 2C/85 Pin. 2017 ini, serta Spesifikasi Seksyen 19: Traffic Management at Work Zones Menteri Kerja berharap agar pengiat–pengiat industri menekankan penggunaan teknologi terkini di dalam pengurusan trafik di kawasan kerja sejajar dengan amalan terbaik berdasarkan kepada budaya pemanduan tempatan.

Pada masa yang sama penekanan terhadap aspek keselamatan didalam Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) 2016 – 2020. Empat Kualiti, Keselamatan dan Profesionalisme, Kemampanan Alam Sekitar, Produktiviti dan Pengantarabangsaan. Kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya akan terus membangunkan infrastruktur yang selamat dan berkualiti untuk memberi manfaat kepada rakyat sekaligus dapat membangunkan negara melalui peningkatan pelaburan dan pertumbuhan ekonomi untuk jangka masa panjang.

1

KUALA LUMPUR, 2 Mac 2018: Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST), Projek Cadangan Pembinaan Semula dan Menaik Taraf Sekolah Daif Menggunakan Kaedah IBS di Semenanjung Malaysia (Fasa 1) bagi tahun 2018 di Bilik Tanjung, Blok A, Kompleks Kerja Raya. Sebanyak 29 kontraktor telah menerima SST bagi projek ini : 1. Kedah (6) 2. Perak (1) 3. Selangor (5) 4. Negeri Sembilan (2) 5. Melaka (2) 6. Johor (3) 7. Pahang (1) 8. Terengganu (3) 9. Kelantan (5) 10. Labuan (1) Projek ini menggunakan teknologi IBS sepenuhnya.

Sebelum penyerahan SST, para kontraktor diingatkan supaya melaksanakan projek tepat pada masa, memenuhi spesifikasi dan standard yang ditetapkan. Jika kontraktor yang terlibat gagal, kontraktor tersebut tidak akan diberi peluang untuk terlibat dalam projek yang sama bagi Fasa 2 dan seterusnya.

Projek membaikpulih dan bina semula sekolah daif ini adalah komitmen Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak melalui Bajet 2018 di mana beliau mengumumkan peruntukan sebanyak RM2.5 billion untuk 2000 sekolah daif seluruh Malaysia. Majlis Penyerahan SST ini telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Dato' Sri Zohari Akob.

1

KOTA SAMARAHAN, 2 MAC 2018: Menteri Kerja Raya YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof telah hadir untuk merasmikan Program Latihan Praktikal dan Khidmat Masyarakat: Kerja- Kerja Membaikpulih Perhentian Bas di Desa Ilmu Kota Samarahan, Sarawak.

Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menganjurkan program ini dan telah mendapat kerjasama yang baik daripada pelbagai pihak gabungan kontraktor Bumiputera (gred G1-G7).

Program yang dianjurkan ini sebagai salah satu inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (Blue Ocean Strategy) untuk mengoptimumkan penggunaan sumber aset kerajaan disamping dapat memberi peluang kepada kontraktor tempatan melalui pelbagai program pembangunan yang dijalankan terutamanya dalam menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan dan tanggungjawab sosial.

Melalui program ini, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh kerajaan sebagai bukti keprihatinan kerajaan terhadap kontraktor dan usahawan terutamanya bumiputera selain sumbangan dan hasil program seperti ini akan memberi impak dan kesan yang besar terutamanya kepada pelajar-pelajar UNIMAS, UiTM Cawangan Sarawak dan penduduk-penduduk sekitar Desa Ilmu ini.

1

JOHOR BAHRU, 27 Februari 2018: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah mengadakan lawatan ke Forest City dan Daiwa House bertujuan bagi melihat teknologi dan kaedah pembinaan menggunakan Industrilised Building System (IBS).

Lanjutan daripada lawatan tersebut, satu Majlis Menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) antara CIDB dan Iskandar Regional Development Authority (IRDA) bertujuan bagi meningkatkan penggunaan IBS dan MyCREST di Wilayah Pembangunan Iskandar.

CIDB diwakili oleh Ketua Eksekutifnya, YBhg. Dato’ Ir. Ahmad ‘Asri Abdul Hamid manakala pihak IRDA juga diwakili oleh Ketua Eksekutifnya, YBhg. Prof. Datuk Ismail Ibrahim CIDB. Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Fadillah Yusof telah hadir sebagai Tetamu Kehormat lawatan ini serta menyaksikan Majlis Menandatangani MOU antara CIDB dan IRDA.

SABAH, 26 Februari 2018: YB Datuk Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerja Raya hari ini telah hadir ke Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima kepada kontraktor-kontraktor yang dilantik bagi Projek Pembinaan Semula dan Menaiktaraf Sekolah Daif Menggunakan Kaedah Industrialised Building System (IBS) di Negeri Sabah dan Projek Penyelenggaraan Sistem Solar Hibrid Bagi Sekolah-sekolah Luar Bandar Negeri Sabah. YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj. Abdul Razak melalui ucapan beliau semasa pembentangan Bajet Tahun 2018 pada 27 Oktober 2017 telah mengumumkan pelaksanaan projek sekolah daif dengan menggunakan kaedah Industralize Building System (IBS).

Peruntukan sebanyak RM2.5 billion telah diperuntukkan untuk kerja-kerja membaik pulih sekolah-sekolah daif dengan pecahan sebanyak RM1 billion di Sabah yang akan dilaksanakan dalam tempoh masa dua (2) tahun iaitu tahun 2018 dan 2019. Bagi memenuhi keperluan Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kewangan telah bersetuju meluluskan pertambahan skop dengan kos sebanyak RM34,100,000.00 yang menjadikan kos keseluruhan projek Pembinaan Semula dan Menaiktaraf Sekolah Daif di negeri Sabah Fasa 1 di Negeri Sabah adalah sebanyak RM164,000,000.00. Ia dilaksanakan secara rundingan terus yang melibatkan sebanyak 37 buah sekolah.

JKR Malaysia telah melantik JKR Negeri Sabah selaku agensi pelaksana bagi projek tersebut dengan menggunakan rekabentuk yang disediakan oleh JKR Malaysia. Tempoh penyiapan projek ini dijangkakan dalam masa 4 bulan menggunakan teknologi IBS secara sepenuhnya.

Bagi Projek Penyelenggaraan Sistem Solar Hibrid Bagi Sekolah-sekolah Luar Bandar Negeri Sabah pula, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperuntukkan sebanyak RM24 juta untuk perlaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan sistem solar hibrid di 138 buah sekolah-sekolah di Sabah yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia. Program penyelenggaraan ini yang merangkumi dua (2) pakej dilaksanakan dengan kaedah perolehan secara tender terbuka. Program ini akan dilaksanakan untuk tempoh dua tahun, sehingga 23 Februari 2020.

1

KUALA LUMPUR, 26 Januari 2018: Mesyuarat agung Puspanita cawangan Kementerian Kerja Raya kali ke-36 telah berlangsung Bilik Tanjung, Tingkat 6, Blok A, Kompleks Kerja Raya. Mesyuarat bagi kali ini telah dipengerusikan oleh Datin Sri Norita binti Ibrahim merangkap pengerusi Puspanita KKR.

Daripada mesyuarat tersebut pelbagai kata sepakat telah diraih bagi menjayakan misi ‘wanita sepakat negara meningkat’. Mesyuarat telah ditangguhkan dan diikuti dengan majlis Hi-Tea pada sebelah petang bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid. Turut hadir pada majlis tersebut Dato’ Sri Zohari Akob dan Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan Mat Taha.

Pada majlis Hi-Tea tersebut tiga ikon Puspanita telah dipilih iaitu Puan Saadah Haji Abu Bakar, Puan Puteri Nordiana dan Puan Kamariah. ​

1

KOTA BHARU, 25 Februari 2018: Selaras dengan usaha untuk menggalakkan lebih ramai kontraktor untuk menggunakan IBS dalam pembinaan rumah-rumah di Negeri Kelantan, satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara CIDB MyIBIS dengan Persatuan Kontraktor Perumahan Kelantan (PKPK) telah diadakan di Hotel Perdana, Kota Bharu. CIDB MyIBIS adalah sebuah anak syarikat Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Bidang kerjasama di antara CIDB MyIBIS dengan Persatuan Kontraktor Perumahan Kelantan (PKPK) ini adalah meliputi khidmat nasihat teknikal iaitu perkongsian maklumat dan kepakaran berkaitan dengan IBS, pertukaran pengalaman dan maklumat mengenai IBS dalam bidang pembinaan yang berkaitan dengan proses pembuatan dan memberikan latihan kepada professional, pemasang dan pengeluar.

Pada majlis MoU ini, YB Dato’ Sri Mustapa Bin Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) merangkap Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan (MTPNg) telah hadir menyampaikan ucapan perasmian dan juga menyaksikan majlis menandatangani MoU. Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Sri Zohari Haji Akob yang telah menyampaikan ucapan aluan.

1

KUCHING, 23 Februari 2018: Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, hari ini telah hadir ke Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima kepada kontraktor-kontraktor yang dilantik bagi Projek Pembinaan Semula dan Menaiktaraf Sekolah Daif Menggunakan Kaedah Industrialised Building System (IBS) di Negeri Sarawak.

Sewaktu pembentangan Bajet 2018, YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj. Abdul Razak telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM2.5 billion untuk 2000 sekolah di seluruh negara yang berada dalam keadaan daif seperti bumbung bocor, lantai rosak, dinding berlubang dan peralatan lama yang tidak berganti. Berdasarkan peruntukan tersebut, sebanyak RM1 billion diperuntukkan untuk Negeri Sarawak.

Program Pembinaan Semula dan Menaiktaraf Sekolah Daif di Negeri Sarawak Fasa 1 yang akan dilaksanakan oleh JKR Sarawak melibatkan 50 buah sekolah dengan anggaran kos projek bernilai RM130,621,000.00. Sebanyak 66 lagi projek menaiktaraf sekolah daif di Sarawak bagi Fasa 1 akan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pelaksanaan projek Fasa 1 dibawah JKR Sarawak melibatkan 50 sekolah, 13 pakej, 13 kontraktor dengan skop projek yang mengandungi 294 Bilik Darjah, 12 Asrama, 7 Bilik Sains, 28 unit Tandas dan 6 Dewan Makan. Pemilihan kontraktor telah dibuat secara rundingan terus dari kalangan kontraktor tempatan di Negeri Sarawak yang disyorkan oleh JKR Sarawak. Tempoh penyiapan projek ini dijangkakan dalam masa 4 bulan menggunakan teknologi IBS secara sepenuhnya.

1

KUCHING, 22 FEBRUARI 2018: Pembangunan infrastruktur di Sarawak sentiasa diberi perhatian oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kerja Raya. Dalam memastikan projek – projek pembangunan ini dilaksanakan mengikut jadual, Menteri Kerja Raya Malaysia, YB Dato’ Sri Fadillah bin Haji Yusof telah melakukan lawatan kerja ke dua tapak projek di Kuching, Sarawak. Projek tersebut adalah “Projek Membina Jalan Baru Empat Lorong dari Matang ke Stapok, Kuching” dan “Projek Naiktaraf Batu 10 ke Batu 15, Jalan Kuching / Serian, Kuching”.

Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM145 juta untuk “Projek Membina Jalan Baru Empat Lorong dari Matang ke Stapok, Kuching” di mana projek ini bertujuan untuk membina jalan alternatif bagi menangani kesesakan lalulintas berikutan pembangunan pesat di Matang, Petra Jaya dan kawasan sekelilingnya. Projek ini dijangka siap pada pertengahan bulan Mac 2018 dengan status kemajuan fizikal terkini adalah 96.01%. Antara skop projek ini adalah membina dan menaiktaraf jalan berturap 4 lorong dua hala piawai U5 sepanjang 4.4 km dari bulatan Emart di Matang ke Jalan Temenggong Tan Meng Chong dan membina sebuah jambatan baharu merentasi Sungai Sarawak sepanjang 320 meter.

Bagi “Projek Naiktaraf Batu 10 ke Batu 15, Jalan Kuching/Serian” pula, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM84.5 juta bagi pelaksanaan projek ini. Jalan ini yang juga merupakan sebahagian dari jajaran Lebuh Raya Pan Borneo bakal dinaiktaraf daripada jalan dua lorong dua hala kepada jalan empat lorong dua hala dengan piawaian U5 sepanjang 9.2 km. Antara skop lain projek ini adalah penggantian lima (5) buah jambatan dan menaiktaraf lima (5) persimpangan utama. Projek ini dijangka siap pada penghujung bulan Mei 2018 dengan status kemajuan fizikal terkini adalah 82.98%. Dengan siapnya projek ini kelak, ia bakal memberi keselesaan dan kelancaran perjalanan bagi pengguna dari Bandaraya Kuching ke Bandar Serian.