Langkau ke kandungan utama
1

Majlis Serah SST Projek Sekolah Daif Semenanjung

KUALA LUMPUR, 2 Mac 2018: Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST), Projek Cadangan Pembinaan Semula dan Menaik Taraf Sekolah Daif Menggunakan Kaedah IBS di Semenanjung Malaysia (Fasa 1) bagi tahun 2018 di Bilik Tanjung, Blok A, Kompleks Kerja Raya. Sebanyak 29 kontraktor telah menerima SST bagi projek ini : 1. Kedah (6) 2. Perak (1) 3. Selangor (5) 4. Negeri Sembilan (2) 5. Melaka (2) 6. Johor (3) 7. Pahang (1) 8. Terengganu (3) 9. Kelantan (5) 10. Labuan (1) Projek ini menggunakan teknologi IBS sepenuhnya.

Sebelum penyerahan SST, para kontraktor diingatkan supaya melaksanakan projek tepat pada masa, memenuhi spesifikasi dan standard yang ditetapkan. Jika kontraktor yang terlibat gagal, kontraktor tersebut tidak akan diberi peluang untuk terlibat dalam projek yang sama bagi Fasa 2 dan seterusnya.

Projek membaikpulih dan bina semula sekolah daif ini adalah komitmen Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak melalui Bajet 2018 di mana beliau mengumumkan peruntukan sebanyak RM2.5 billion untuk 2000 sekolah daif seluruh Malaysia. Majlis Penyerahan SST ini telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Dato' Sri Zohari Akob.

Tarikh Dan Waktu Acara