Langkau ke kandungan utama
1

Program Khidmat Masyarakat Membaikpulih Perhentian Bas

KOTA SAMARAHAN, 2 MAC 2018: Menteri Kerja Raya YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof telah hadir untuk merasmikan Program Latihan Praktikal dan Khidmat Masyarakat: Kerja- Kerja Membaikpulih Perhentian Bas di Desa Ilmu Kota Samarahan, Sarawak.

Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menganjurkan program ini dan telah mendapat kerjasama yang baik daripada pelbagai pihak gabungan kontraktor Bumiputera (gred G1-G7).

Program yang dianjurkan ini sebagai salah satu inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (Blue Ocean Strategy) untuk mengoptimumkan penggunaan sumber aset kerajaan disamping dapat memberi peluang kepada kontraktor tempatan melalui pelbagai program pembangunan yang dijalankan terutamanya dalam menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan dan tanggungjawab sosial.

Melalui program ini, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh kerajaan sebagai bukti keprihatinan kerajaan terhadap kontraktor dan usahawan terutamanya bumiputera selain sumbangan dan hasil program seperti ini akan memberi impak dan kesan yang besar terutamanya kepada pelajar-pelajar UNIMAS, UiTM Cawangan Sarawak dan penduduk-penduduk sekitar Desa Ilmu ini.

Tarikh Dan Waktu Acara