Langkau ke kandungan utama
1

MoU Menggalakkan Penggunaan IBS dikalangan Kontraktor Kelantan

KOTA BHARU, 25 Februari 2018: Selaras dengan usaha untuk menggalakkan lebih ramai kontraktor untuk menggunakan IBS dalam pembinaan rumah-rumah di Negeri Kelantan, satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara CIDB MyIBIS dengan Persatuan Kontraktor Perumahan Kelantan (PKPK) telah diadakan di Hotel Perdana, Kota Bharu. CIDB MyIBIS adalah sebuah anak syarikat Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Bidang kerjasama di antara CIDB MyIBIS dengan Persatuan Kontraktor Perumahan Kelantan (PKPK) ini adalah meliputi khidmat nasihat teknikal iaitu perkongsian maklumat dan kepakaran berkaitan dengan IBS, pertukaran pengalaman dan maklumat mengenai IBS dalam bidang pembinaan yang berkaitan dengan proses pembuatan dan memberikan latihan kepada professional, pemasang dan pengeluar.

Pada majlis MoU ini, YB Dato’ Sri Mustapa Bin Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) merangkap Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan (MTPNg) telah hadir menyampaikan ucapan perasmian dan juga menyaksikan majlis menandatangani MoU. Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Sri Zohari Haji Akob yang telah menyampaikan ucapan aluan.

Tarikh Dan Waktu Acara