Langkau ke kandungan utama

Berita KKR

 

 

1

KUALA LUMPUR, 3 APRIL 2018: Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp.) menganugerahkan 33 subkontrak yang bernilai RM 15.52 Juta kepada kontraktor bumiputera untuk pembinaan projek MRT laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) pada Sesi Kelapan Projek Transit Aliran Massa Lembah Klang (Klang Valley Mass Rapid Transit, KVMRT) di Bilik Tanjung, Kementerian Kerja Raya Raya. 

Majlis anjuran Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) Kementerian Kerja Raya telah dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya YB Dato' Seri Haji Fadillah Bin Haji Yusof.

Dato' Seri Fadillah dalam ucapan beliau berkata sistem MRT dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas disamping dapat mewujudkan peluang pekerjaan untuk syarikat Bumiputera dan meningkatkan pengalaman untuk projek pembinaan berskala besar. Hal ini selaras dengan inisiatif untuk memasukkan Kontraktor Bumiputera Gred G1- G6 dalam pembinaan Laluan MRT-SSP melalui penambahan peruntukan untuk syarikat- syarikat milik Bumiputera. 

MRT Young Entrepreneur Programme (MYEP II) merupakan satu program kerjasama yang diusahakan oleh Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Construction Industry Development Board, CIDB) Malaysia yang akan menjadikan graduan Bumiputera sebagai kontraktor muda.

Dalam majlis ini, sebanyak lima pakej subkontrak bernilai RM1.9 Juta akan dianugerahkan kepada syarikat MYEPII Gred G2. 
Dalam ucapan beliau lagi, Usahawan binaan bumiputera akan terus bersaing dalam sektor pembinaan melalui insentif yang dirangka dan dikenalpasti oleh pihak Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU).

1

KUALA LUMPUR, 29 MAC 2018: Perbincangan meja bulat mengenai keselamatan dalam industri pembinaan antara kapten industri anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (Construction Industry Development Board,CIDB) telah berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Convention Centre, KLCC) dan dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Ybhg.Dato’ Sri Zohari bin Haji Akob yang membacakan teks ucapan YB Menteri Kerja Raya Dato' Seri Haji Fadillah Bin Haji Yusof.

Perbincangan meja bulat ini merupakan satu susulan daripada perbincangan yang diadakan pada tahun lalu bertujuan untuk menerapkan budaya keselamatan didalam industri pembinaan negara disamping untuk mencari penyelesaian berkaitan sebarang isu yang berkaitan dengan keselamatan pekerja di tapak binaan.

Cadangan yang diutarakan sepanjang perbincangan meja bulat ini termasuklah saranan untuk melakukan kajian semula penunjuk prestasi utama Program Transformasi Industri Pembinaan (Construction Industry Transformation Programme, CITP) disamping cadangan agar CIDB memainkan peranan yang lebih besar dalam aspek keselamatan dan kesihatan dalam industri pembinaan.

Turut hadir menjayakan perbincangan ini termasuklah Pengerusi Cidb, Tan Sri Dr Ir Ahmad Tajuddin Ali, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md. Taha, Ketua Eksekutif CIDB, Dato’ Ir. Ahmad ‘Asri Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pegarah (Keselamatan Pekerjaan) Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Department of Occupational Safety and Health, DOSH), Ir. Hj. Omar bin Mat Piah, Pengurus Besar Kanan, Sektor Pembangunan Teknologi CIDB Malaysia, Datuk Ir. Elias Ismail dan pemain- pemain industri pembinaan negara.

1

KUALA LUMPUR, 29 MAC 2018: Hari Pemodelan Maklumat Bangunan (Building Information Modelling, BIM Day) anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Construction Industry Development Board, CIDB) telah berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur. 

Majlis yang bertemakan Digital Construction- BIM: The Time Is Now telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha  Kementerian Kerja Raya, YBhg Dato' Sri Zohari Bin Haji Akob yang mewakili YB Menteri Kerja Raya Dato' Seri Haji Fadillah Bin Haji Yusof.

Dalam majlis yang sama, YBhg Dato' Sri Zohari Bin Haji Akob berkesempatan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Intervarsity BIM Marathon iaitu Universiti Malaysia Pahang (UMP). Pertandingan tersebut bertujuan untuk mempromosikan kaedah dan konsep pembelajaran BIM disamping penggunaan teknologi moden yang dapat meningkatkan pengetahuan pelajar terutamanya dalam bidang seni bina, kejuruteraan dan pembinaan. 

Peserta pertandingan ini terdiri daripada sembilan institut pengajian tinggi awam dan peserta perlu menghasilkan model BIM dalam tempoh masa 66 jam tanpa henti dari 19 hingga 22 Mac 2018. Pertandingan ini dijalankan di myBIM Centre Studio and Lab, Kuala Lumpur. 

Turut hadir memeriahkan majlis termsuklah Pengerusi CIDB Malaysia, YBhg Tan Sri Dr Ir. Ahmad Tajuddin Ali dan Ketua Eksekutif CIDB Malaysia YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Asri’ Abdul Hamid.

1

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2018: Konvensyen Usahanita Binaan (KUBINA) telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Convention Centre –KLCC) pada bersempena dengan International Construction Week (ICW) 2018.

KUBINA merupakan hasil buah fikiran YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Ketua Menteri Kerja Raya yang ditubuhkan untuk mewujudkan satu perantara kepada pemimpin pembinaan wanita untuk bertukar pengalaman, membina rangkaian profesional dan meneroka potensi perniagaan.

KUBINA 2018 dianjurkan oleh Lembaga Jurutera Malaysia (LJM), Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) dan Lembaga Jurukur Bahan Malaysia (LJBM) dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya Malaysia, Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Wanita Industri Binaan Malaysia (WIBM) sebagai acara menarik tahun ini.

Penceramah terkemuka termasuk YBhg. Dato' Suriani Dato' Ahmad (Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Malaysia), YBhg. Dato 'Ir. Hashimah Hashim (Pengarah Eksekutif, KLCC Projeks Sdn. Bhd.), YBhg. Datuk Ir. Rosaline Ganendra (Pengarah Eksekutif, Minconsult Sdn Bhd), Miss Danielle Dy Buncio (Pengasas & Presiden VIATechnik) dan YBrs. Sr. Dr. Wan Maimun Wan Abdullah (Presiden WIBM) sebagai moderator.

Forum berkaitan peluang dalam pembangunan infrastruktur telah diadakan dengan beberapa ahli panel termasuk YBhg. Dato 'Sri Zohari Haji Akob (Setiausaha Agung, Kementerian Kerja Raya Malaysia), YBrs. Tn. Hj. Rosaini Wan Hassan (Tenaga Nasional Berhad), dan YBhg. Dato 'Hazimah Zainuddin (Hyrax Oil).

YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dalam ucapan penutupnya telah berkongsi perasaan bangga beliau terhadap program KUBINA dan peranan wanita dalam pembentukan "Wanita Industri Binaan Malaysia" (WIBM) dimana beliau berharap akan menjadi legasi kepada semua wanita dalam industri pembinaan.

KUBINA telah berjaya diadakan pada setiap tahun sejak konvensyen sulung pada tahun 2014, dan kepentingan WIBM sebagai satu platform untuk memperkasakan wanita.

1

KUALA LUMPUR, 27 MAC 2018: Menteri Kerja Raya YB Dato' Seri Haji Fadillah Bin Haji Yusof telah merasmikan Minggu Pembinaan Antarabangsa 2018 (International Construction Week, ICW 2018) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Convention Centre, KLCC).

ICW merupakan acara tahunan perdana untuk industri pembinaan bukan sahaja di Malaysia tetapi melibatkan rantau Asia Tenggara dan tahun ini merupakan tahun ke-18 acara ini diadakan dengan tema pada tahun ini iaitu ‘Achieving Peak Industry’. Pameran ICW yang diadakan buat kali ke-18 itu berlangsung dari 26 Mac hingga 30 Mac 2018 dan melibatkan lebih 100 peserta pameran.

Dalam majlis pembukaan, YB Dato' Seri Fadillah berharap agar dapat meningkatkan kesedaran dalam pemain industri dalam sektor pembinaan dengan mengembangkan dan meningkatkan tahap produktiviti dalam industri pembinaan disamping permodenan teknik pembinaan melalui proses seperti Sistem Binaan Berindustri (Industrialised Building System, IBS) dan Pemodelan Maklumat Bangunan (Building Information Modelling, BIM).

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, Pengerusi Bersama UBM Malaysia, Jeneral Tan Sri Pang­lima Mohamed Azumi Mohamed dan Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Ir. Ahmad Asri Abdul Hamid.

1

BANGI, 26 MAC 2018: Menteri Kerja Raya YB Dato' Seri Haji Fadillah Bin Haji Yusof. telah merasmikan Majlis Soft Launch Persimpangan Bertingkat Southville City di Persimpangan 212A Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Dengan pembinaan persimpangan ini jarak antara Southville City dan Kuala Lumpur hanya sepanjang 19 kilometer berbanding 26 kilometer jika menggunakan laluan biasa.

Persimpangan ini akan dibuka pada pertengahan bulan April 2018 dan ia akan memberi akses kepada 69,000 penduduk Southville City disamping dapat memberi manfaat kepada 1.15 Juta penduduk sekitar Bandar Baru Bangi, Kajang, Cyberjaya, Putrajaya, Semenyih, Dengkil dan Nilai.

Turut hadir Pengarah Lebuhraya Malaysia Datuk Ir. Hj. Ismail bin Md Salleh, Pengerusi Kumpulan Mah Sing Ybhg. Jeneral Tan Sri Yaacob bin Mat Zin, Pengerusi PLUS Malaysia, TImbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) Kementerian Kerja Raya Ybhg. Dato’ Mohd Sherrif Mohd Kassim, Pengarah Urusan mah Sing Tan Sri Dato Sri Leong Hoy Kum, dan Timbalan Ketua Pengarah (Bisnes) Lembaga Lebuhraya Malaysia Dato’ Sri Aziz bin Abdullah.

1

PEKAN 22 MAC 2018: Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan mencemar duli menyempurnakan Perasmian Projek Membaikpulih Jalan Menggunakan Kaedah Cold-In-Recycling (CIPR) di C106, Jalan Teluk Ganchong Lepar, Pekan, Pahang.

Kaedah CIPR ditakrifkan sebagai mengitar semula pavemen sedia ada dengan agen penstabil bagi membentuk lapisan asas jalan raya yang kukuh. CIPR sesuai digunakan untuk membaik pulih jalan yang mempunyai kerosakan struktur seperti keretakan serius dan perubahan bentuk jalan.

Teknik ini merupakan alternatif bagi pembaikan secara konvensional iaitu pembinaan semula jalan secara keseluruhan atau separa disamping dapat menjimatkan kos pembinaan sebanyak 30 peratus berbanding penggunaan teknik konvensional serta dapat memanjangkan hayat penggunaan jalan raya dan mesra alam.

Turut berangkat Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama Menteri Besar Pahang YAB Dato' Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob dan Menteri Kerja Raya, YB Dato' Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof.

SEREMBAN, 20 MAC 2018: Projek Membina Jalan Baru Dari Nilai - Labu Ke Bandar Enstek di Daerah Seremban merupakan salah satu projek infrastruktur berimpak tinggi yang diluluskan dalam tempoh RMKe-11 dengan kos keseluruhan RM415 juta.

Antara skop kerja bagi projek ini ialah membina jalan baru sepanjang 16.82km 4 lorong 2 hala Piawaian R5, membina 3 persimpangan utama, 6 buah Jambatan dan 8 buah Vehicular Box Culvert. Selain itu, terdapat pembinaan tembok penahan bagi 3 jalan tuju jambatan, kerja-kerja cerun, pengalihan utiliti, pemasangan lampu jalan dan lampu isyarat serta kerja-kerja tanah dan pengambilan tanah.

Tarikh milik tapak projek ini adalah pada pada 3 Julai 2017.  Jaringan jalan raya baru ini secara tidak langsung akan menjadi alternatif terhadap sistem penyuraian trafik di Daerah Seremban dan Nilai selain dapat menyokong dan meningkatkan pembangunan di sepanjang koridor Malaysia Vision Valley (MVV).

Projek seumpama ini adalah bukti Kerajaan Persekutuan sentiasa peka akan kehendak rakyat dan sentiasa mengutamakan rakyat. Ia juga membuktikan kerancakan pembangunan di Negeri Sembilan adalah hasil kerjasama yang erat di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Pelancaran projek ini dirasmikan pada oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan pada hari ini dan dijadual siap pada bulan Julai 2021.

1

KUALA LUMPUR, 16 MAC 2018: Kelab Sukan dan Kebajikan KKR telah mengadakan Majlis Perasmian Kejohanan Sukan antara Bahagian peringkat KKR tahun 2018.

Majlis kejohanan telah dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya YB Dato' Seri Fadillah bin Haji Yusof di Bilik Tanjung, Kementerian Kerja Raya.

Terdapat empat kontinjen yang mewakili bahagian masing- masing iaitu Excavator, Grader, Paver & Roller yang bertanding untuk menjuarai acara sukan yang dipertandingkan.

Turut hadir memeriahkan majlis perasmian ini ialah Dato' Seri Zohari Akob, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya dan En. Izamael Zamzuri bin Ismail merangkap Presiden KSKKKR.

Atur cara termasuklah sesi penyerahan bendera kepada kontinjen dan penyerahan sumbangan cermin mata (Reading Glass) oleh KSKKKR kepada penerima yang layak

1

KUALA LUMPUR, 15 Mac 2018: Taklimat Pengukuhan Pengurusan Aduan Awam & Agensi KKR 2018 bertempat di Bilik Tanjung, Kompleks Kerja Raya. Taklimat anjuran Unit Komunikasi Korporat Kementerian Kerja Raya ini dihadiri oleh seramai 194 pentadbir (admin) dari seluruh Malaysia.

YBhg. Datuk Haji Sarani bin Haji Dollah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) telah merasmikan serta menyampaikan amanat kepada pegawai yang hadir pada majlis tersebut. YB Menteri Kerja Raya, Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof turut serta meluangkan masa bersama-sama para peserta taklimat.

Ketua Komunikasi Korporat, Puan Noreha telah menyampaikan kata alu-aluan dan diteruskan dengan taklimat pengukuhan pengurusan aduan dan penetapan KPI pengurusan aduan bagi tahun 2018. Atur cara majlis diteruskan dengan taklimat aplikasi aduan jalan KKR (Mobile Apps) dan sistem pengurusan aduan kerosakan jalan KKR (MORC).

Turut diisi atur cara majlis dengan sesi perbincangan pengurusan-pengurusan aduan KKR dan agensi berserta dengan sesi soal jawab.