Langkau ke kandungan utama

Pelancaran Projek Membina Jalan Baharu Nilai – Labu Ke Bandar Enstek, Negeri Sembilan

SEREMBAN, 20 MAC 2018: Projek Membina Jalan Baru Dari Nilai - Labu Ke Bandar Enstek di Daerah Seremban merupakan salah satu projek infrastruktur berimpak tinggi yang diluluskan dalam tempoh RMKe-11 dengan kos keseluruhan RM415 juta.

Antara skop kerja bagi projek ini ialah membina jalan baru sepanjang 16.82km 4 lorong 2 hala Piawaian R5, membina 3 persimpangan utama, 6 buah Jambatan dan 8 buah Vehicular Box Culvert. Selain itu, terdapat pembinaan tembok penahan bagi 3 jalan tuju jambatan, kerja-kerja cerun, pengalihan utiliti, pemasangan lampu jalan dan lampu isyarat serta kerja-kerja tanah dan pengambilan tanah.

Tarikh milik tapak projek ini adalah pada pada 3 Julai 2017.  Jaringan jalan raya baru ini secara tidak langsung akan menjadi alternatif terhadap sistem penyuraian trafik di Daerah Seremban dan Nilai selain dapat menyokong dan meningkatkan pembangunan di sepanjang koridor Malaysia Vision Valley (MVV).

Projek seumpama ini adalah bukti Kerajaan Persekutuan sentiasa peka akan kehendak rakyat dan sentiasa mengutamakan rakyat. Ia juga membuktikan kerancakan pembangunan di Negeri Sembilan adalah hasil kerjasama yang erat di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Pelancaran projek ini dirasmikan pada oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan pada hari ini dan dijadual siap pada bulan Julai 2021.

Tarikh Dan Waktu Acara