Langkau ke kandungan utama
1

Perasmian Projek Membaikpulih Jalan Menggunakan Kaedah Cold-In-Recycling (CIPR)

PEKAN 22 MAC 2018: Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan mencemar duli menyempurnakan Perasmian Projek Membaikpulih Jalan Menggunakan Kaedah Cold-In-Recycling (CIPR) di C106, Jalan Teluk Ganchong Lepar, Pekan, Pahang.

Kaedah CIPR ditakrifkan sebagai mengitar semula pavemen sedia ada dengan agen penstabil bagi membentuk lapisan asas jalan raya yang kukuh. CIPR sesuai digunakan untuk membaik pulih jalan yang mempunyai kerosakan struktur seperti keretakan serius dan perubahan bentuk jalan.

Teknik ini merupakan alternatif bagi pembaikan secara konvensional iaitu pembinaan semula jalan secara keseluruhan atau separa disamping dapat menjimatkan kos pembinaan sebanyak 30 peratus berbanding penggunaan teknik konvensional serta dapat memanjangkan hayat penggunaan jalan raya dan mesra alam.

Turut berangkat Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama Menteri Besar Pahang YAB Dato' Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob dan Menteri Kerja Raya, YB Dato' Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof.

Tarikh Dan Waktu Acara