Langkau ke kandungan utama
1

Taklimat Pengukuhan Pengurusan Aduan Kementerian Kerja Raya dan Agensi di bawahnya

KUALA LUMPUR, 15 Mac 2018: Taklimat Pengukuhan Pengurusan Aduan Awam & Agensi KKR 2018 bertempat di Bilik Tanjung, Kompleks Kerja Raya. Taklimat anjuran Unit Komunikasi Korporat Kementerian Kerja Raya ini dihadiri oleh seramai 194 pentadbir (admin) dari seluruh Malaysia.

YBhg. Datuk Haji Sarani bin Haji Dollah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) telah merasmikan serta menyampaikan amanat kepada pegawai yang hadir pada majlis tersebut. YB Menteri Kerja Raya, Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof turut serta meluangkan masa bersama-sama para peserta taklimat.

Ketua Komunikasi Korporat, Puan Noreha telah menyampaikan kata alu-aluan dan diteruskan dengan taklimat pengukuhan pengurusan aduan dan penetapan KPI pengurusan aduan bagi tahun 2018. Atur cara majlis diteruskan dengan taklimat aplikasi aduan jalan KKR (Mobile Apps) dan sistem pengurusan aduan kerosakan jalan KKR (MORC).

Turut diisi atur cara majlis dengan sesi perbincangan pengurusan-pengurusan aduan KKR dan agensi berserta dengan sesi soal jawab.

Tarikh Dan Waktu Acara