Langkau ke kandungan utama
1

Majlis Perasmian 8th Balloting Session Klang Valley MRT Project Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya

KUALA LUMPUR, 3 APRIL 2018: Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp.) menganugerahkan 33 subkontrak yang bernilai RM 15.52 Juta kepada kontraktor bumiputera untuk pembinaan projek MRT laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) pada Sesi Kelapan Projek Transit Aliran Massa Lembah Klang (Klang Valley Mass Rapid Transit, KVMRT) di Bilik Tanjung, Kementerian Kerja Raya Raya. 

Majlis anjuran Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) Kementerian Kerja Raya telah dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya YB Dato' Seri Haji Fadillah Bin Haji Yusof.

Dato' Seri Fadillah dalam ucapan beliau berkata sistem MRT dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas disamping dapat mewujudkan peluang pekerjaan untuk syarikat Bumiputera dan meningkatkan pengalaman untuk projek pembinaan berskala besar. Hal ini selaras dengan inisiatif untuk memasukkan Kontraktor Bumiputera Gred G1- G6 dalam pembinaan Laluan MRT-SSP melalui penambahan peruntukan untuk syarikat- syarikat milik Bumiputera. 

MRT Young Entrepreneur Programme (MYEP II) merupakan satu program kerjasama yang diusahakan oleh Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Construction Industry Development Board, CIDB) Malaysia yang akan menjadikan graduan Bumiputera sebagai kontraktor muda.

Dalam majlis ini, sebanyak lima pakej subkontrak bernilai RM1.9 Juta akan dianugerahkan kepada syarikat MYEPII Gred G2. 
Dalam ucapan beliau lagi, Usahawan binaan bumiputera akan terus bersaing dalam sektor pembinaan melalui insentif yang dirangka dan dikenalpasti oleh pihak Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU).

Tarikh Dan Waktu Acara