Langkau ke kandungan utama
1

Majlis Perasmian Minggu Pembinaan Antarabangsa 2018 (ICW 2018)

KUALA LUMPUR, 27 MAC 2018: Menteri Kerja Raya YB Dato' Seri Haji Fadillah Bin Haji Yusof telah merasmikan Minggu Pembinaan Antarabangsa 2018 (International Construction Week, ICW 2018) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Convention Centre, KLCC).

ICW merupakan acara tahunan perdana untuk industri pembinaan bukan sahaja di Malaysia tetapi melibatkan rantau Asia Tenggara dan tahun ini merupakan tahun ke-18 acara ini diadakan dengan tema pada tahun ini iaitu ‘Achieving Peak Industry’. Pameran ICW yang diadakan buat kali ke-18 itu berlangsung dari 26 Mac hingga 30 Mac 2018 dan melibatkan lebih 100 peserta pameran.

Dalam majlis pembukaan, YB Dato' Seri Fadillah berharap agar dapat meningkatkan kesedaran dalam pemain industri dalam sektor pembinaan dengan mengembangkan dan meningkatkan tahap produktiviti dalam industri pembinaan disamping permodenan teknik pembinaan melalui proses seperti Sistem Binaan Berindustri (Industrialised Building System, IBS) dan Pemodelan Maklumat Bangunan (Building Information Modelling, BIM).

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, Pengerusi Bersama UBM Malaysia, Jeneral Tan Sri Pang­lima Mohamed Azumi Mohamed dan Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Ir. Ahmad Asri Abdul Hamid.

Tarikh Dan Waktu Acara