Langkau ke kandungan utama
1

Hari BIM 2018 CIDB

KUALA LUMPUR, 29 MAC 2018: Hari Pemodelan Maklumat Bangunan (Building Information Modelling, BIM Day) anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Construction Industry Development Board, CIDB) telah berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur. 

Majlis yang bertemakan Digital Construction- BIM: The Time Is Now telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha  Kementerian Kerja Raya, YBhg Dato' Sri Zohari Bin Haji Akob yang mewakili YB Menteri Kerja Raya Dato' Seri Haji Fadillah Bin Haji Yusof.

Dalam majlis yang sama, YBhg Dato' Sri Zohari Bin Haji Akob berkesempatan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Intervarsity BIM Marathon iaitu Universiti Malaysia Pahang (UMP). Pertandingan tersebut bertujuan untuk mempromosikan kaedah dan konsep pembelajaran BIM disamping penggunaan teknologi moden yang dapat meningkatkan pengetahuan pelajar terutamanya dalam bidang seni bina, kejuruteraan dan pembinaan. 

Peserta pertandingan ini terdiri daripada sembilan institut pengajian tinggi awam dan peserta perlu menghasilkan model BIM dalam tempoh masa 66 jam tanpa henti dari 19 hingga 22 Mac 2018. Pertandingan ini dijalankan di myBIM Centre Studio and Lab, Kuala Lumpur. 

Turut hadir memeriahkan majlis termsuklah Pengerusi CIDB Malaysia, YBhg Tan Sri Dr Ir. Ahmad Tajuddin Ali dan Ketua Eksekutif CIDB Malaysia YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Asri’ Abdul Hamid.

Tarikh Dan Waktu Acara