Memang ada masalah
Gerik - Lama sebelum bangunan dua tingkat milik perbadanan Taman Negeri Perak (PTNP) di lereng Tasik Banding dekat sini, ranap Selasa lalu, Pihak berkuasa sudah menjangka projek itu mengundang bermasalah. Pertama ialah pemilihan lokasi manakala kedua mengenai kos yang tidak sepadan dengan projek.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli Ghazali berkata, ia tidak sepatutnya dibina di lereng tasik itu kerana lokasi yang dianggap lebih sesuai ialah dua kilometer dari situ.