Langkau ke kandungan utama

Projek pembinaan Lebuh raya'?Duke highway' yang giat dijalankan melintasi beberapa kawasan penempatan di Segambut Luar didakwa mendatangkan masalah kepada penduduk berikutan kerosakan jalan yang teruk.

Seorang penduduk Siti Haniza Samsi, 30 ketika menghubungi Sinar Harian berkata, laluan yang menjadi penghubung antara jalan utama menuju ke Kampung Pasir dan Benteng berkenaan mengalami hakisan yang teruk dengan kesan lopak air dan lubang yang besar.

"Seharusnya pihak pemaju bertanggungjawab menurap atau membaiki struktur jalan agar lebih selesa dilalui oleh pengguna.

"Sejak projek bermula, jalan sudah tidak seperti dulu, malah lebih menyedihkan laluan ke tanah perkuburan Islam Segambut juga mengalami situasi yang sama," katanya.

Keadaan itu katanya pasti agak menyukarkan laluan terutama apabila ada kematian.

Kunjungan kami mendapati, lebih lima hingga enam lubang didapati di kedua-dua laluan terbabit yang mana agak membahayakan penunggang motosikal di waktu malam.

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia