Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) KEMENTERIAN KERJA RAYA BILANGAN 3 TAHUN 2026

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Kementerian Kerja Raya (KKR) Bilangan 3 Tahun 2026 telah berlangsung di Bilik Tanjung, Kompleks Kerja Raya, dan dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Zainal Alhakab bin Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan).

Mesyuarat ini menjadi platform perbincangan dua hala antara Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja MBJ KKR dalam mengetengahkan isu kebajikan serta kepentingan bersama, di samping memperkukuh hubungan kerjasama ke arah meningkatkan kesejahteraan warga kementerian.

KKR TERIMA PERUNTUKAN PEMBANGUNAN RM9.736 BILION BAGI TAHUN 2027, PERKUKUH PELAKSANAAN PROJEK INFRASTRUKTUR NEGARA

KUALA LUMPUR – Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, telah menyampaikan penggulungan perbahasan Belanjawan 2027 peringkat dasar bagi Kementerian Kerja Raya (KKR) di Dewan Rakyat. 

Kementerian Kerja Raya (KKR) menerima peruntukan pembangunan sebanyak RM9.736 bilion bagi tahun 2027, meningkat 3.0% berbanding RM9.607 bilion pada tahun 2026, manakala peruntukan mengurus berjumlah RM1.146 bilion.

LAWATAN PENANDA ARAS MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) KEMENTERIAN KERJA RAYA KE PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

SEREMBAN – Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (PSUKNS), bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Negeri, Seremban.

PROJEK PEMBINAAN PUSAT REINTEGRASI BAGAN DATUK, PERAK BERNILAI RM123 JUTA

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Dr. Ahmad bin Maslan telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Pelantikan Pengarah Projek bagi Projek Pembinaan Pusat Reintegrasi Bagan Datuk, Perak (Reka dan Bina).

Majlis tersebut turut dihadiri Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Puan Ainah binti Mohd Soon.

KSU KKR HADIRI PERASMIAN EKSPO TVET@KKDW 2026: SOKONG PEMERKASAAN KEMAHIRAN TEKNIKAL DAN TENAGA KERJA NEGARA

SABAK BERNAM – Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim telah menghadiri Majlis Perasmian Ekspo TVET@KKDW 2026 bertempat di Perkarangan Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam, hari ini.

Majlis perasmian gilang-gemilang tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

TINJAUAN KERJA PENYENGGARAAN JALAN PERSEKUTUAN FT0003 BAGI MENINGKATKAN KESELAMATAN DAN KESELESAAN PENGGUNA

PEKAN – Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR) YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim hari ini meluangkan masa untuk mengadakan lawatan kerja bagi meninjau pelaksanaan kerja-kerja penyenggaraan Jalan Persekutuan FT0003, Jalan Endau–Kuantan di Pekan, Pahang.

Lawatan ini memberi tumpuan kepada kerja-kerja penyenggaraan turapan jalan di laluan Jalan Endau - Kuantan di Pekan, Pahang, serta lain-lain kerja yang berkaitan.

Subscribe to