Langkau ke kandungan utama

GEORGETOWN: Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, menafikan Jambatan Pulau Pinang mengalami keretakan serius sehingga memaksa kerajaan negeri mengeluarkan araha  tidak membenarkan kenderaan berat melaluinya.

Beliau berkata, kerajaan negeri tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak mengenai status struktur jambatan itu yang dikatakan berbahaya berikutan kerja pelebaran yang sedang dijalankan.

"Kami tidak terima sebarang laporan atau diberitahu mengenai keretakan. Kalau membabitkan struktur jambatan, ia suatu kecemasan dan itu mesti diberitahu segera," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Jasmin Mohamad (BN_Sungai Dua) kononnya berlaku keretakan serius di jambatan berkenaan.

Jasmin ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Pembangunan 2008 pada siding Dewan Unadngan Negeri (DUN) semalam, berkata keretakan jambatan berkenaan perlu diatasi segera kerana jambatan kedua masih dalam pembinaan.

Sementara itu Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB), dalam satu kenyataan memaklumkan Jambatan Pulau Pinang akan ditutup 30 minit, mulai jam 2.30 pagi esok bagi kerja mengalih galang di atas jambatan berkenaan.

Tarikh
Surat Khabar
Berita Harian