Tol tak naik bukti keprihatinan kerajaan
PENGUMUMAN kerajaan kelmarin bahawa hanya lebuh raya yang kurang sibuk dan tidak mempunyai banyak aliran trafik saja mengalami kenaikan kadar tol berkuat kuasa 1 Januari depan, sudah tentunya melegakan banyak pihak. Lebuh raya yang menjadi laluan utama pengguna terutama Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) tidak terbabit dengan kenaikan kali ini. Kadar yang ada sekarang pun telah membuatkan ramai pengguna mengeluh ketika bercuti bersama keluarga atau pada musim perayaan dan keputusan kerajaan untuk tidak menaikkannya lagi pastinya meredakan keadaan sekurang-kurangnya bagi tempoh setahun lagi.