Langkau ke kandungan utama

KLANG- Sebuah laluan bawah tanah akan dibina menggantikan jejambat Titian Kota bagi mengatasi masalah lalu lintas di bandar ini.

Berikutan itu, Majlis Perbandaran Klang (MPK) merobohkan jejambat yang menghubungkan di bahagian di bandar ini yang dilakukan sejak tiga hari lalu.

Jurucakap MPK  berkata, kerja-kerja merobohkan jejambat itu bermula dari jam 11 malam sehingga 6 pagi untuk minimumkan masalah pergerakan lalu lintas.

Menurutnya, MPK  melakukan dua peringkat merobohkan jejambat itu iaitu yang pertama dijalankan di sebelah laluan berdekatan dengan Plaza MPK.

Kenderaan yang menggunakan laluan itu perlu mencari laluan alternatif sepanjang kerja-kerja meroboh dijalankan katanya dalam satu kenyataan semalam.

Peringkat kedua pula menurut jurucakao itu ialah proses merobohkan jejambat di sebelah laluan berdekatan Dataran Seni.

Bagi memudahkan pejalan kaki katanya MPK memyediakan laluan sementara untuk melintasi Jambatan Kota.

"Laluan pejalan kaki ini akan melalui bawan jambatan iaitu menerusi Jalan Pos Baru dan Jalan Pasar," katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Kerja Raya (JKR) berkata, Titian Kota terpaksa dirobohkan bagi membolehkan kerja-kerja menaik taraf Fasa 3 Laluan 5 dari Kapar ke Klang.

Menurutnya, projek menaik taraf jalan bernilai RM 32 juta itu bermula pada 15 Ogos lalu dan dijangka siap pada 2009.

Titian Kota perlu dirobohkan bagi membina sebuah jejambat sepanjang 500 meter untuk kemudahan pengguna dan mengurangkan kesesakan di bandar Klang," katanya.  

 

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian