Langkau ke kandungan utama

BANGI - Ahli Parliman Serdang , Datuk Yap Pian Hon, Menegaskan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Bangi Lama akan diselesaikan tidak lama lagi.

Katanny, kejadian tersebut bukan sahaja boleh menjejaskan kehidupan seharian tetapi keselamatan penduduk juga akan terancam.

"Hari demi hari kejadian runtuhan itu semakin serius jika tidak dibendung lebih awal.

"Saya berharaf Jabatan Kerja Raya (JKR) mengambil langkah mengatasi maslah ini bagi mengelak daripada berulang. Malau, mereka dapat mencari jalan alternative bagi memastikan kawasan berkenaan diperbaiki segera.

"Disebabkan runtuhan itu juga, longkang di sekitar kawasa berhampiran tersumbat agak teruk, dan sekali gus mengganggu pengaliran air," katanya melaluai surat yang di emel kepada Sinar Harian,  semalam.

Beliau berkata demikian, ketika diminta mengulas laporan Sinar Harian, kelmarin mengenai tanah runtuh yang berlaku di Jalan Bangi Lama.

Beliau sendiri sudah melihat dan meninjau keadaan di tempat kejadian, Malah, mengarahkan JKR menutup semua tempat runtuhan itu dengan plastic buat sementara waktu ini sehingga mereka mendapat alternative lain bagi mengatasinya.

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian