Langkau ke kandungan utama

Kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM380 juta jika kadar tol di sembilan lebuh raya di negara ini tidak dinaikkan mulai awal tahun depan, kata Menteri Kerja Raya Datuk seri S. Samy Velly.

Beliau berkata lapan daripada lebuh raya itu di jadual menaikkan kadar tol masing-masing mulai Januari dan satu lagi di jadual mulai 1 Oktober.

Antara lebuh raya itu ialah Lebuh raya itu ialah Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Hulu Klang yang perlu dibayar pampasan RM28 juta, lebuh Raya Utara - Selatan Bahagian Tengah RM18 juta, Lebuh Raya Seremban Port Dickson RM178 juta, Lebuh Raya Kulim-Butterworth RM10juta, Link Kedua Malaysia-Singapura (RM6 juta), dan Jambatan Pulau Pinang RM22 juta manakala RM75 juta lagi diperuntukkan untuk membayar pampasan kepada litrak kerana mengurangkan kadar tol daripada RM2.10 kepada RM1.60 yang telah diluluskan tahun ini, katanya.

"Ini semua angka untuk satu tahun sahaja," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2008 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat semalam.

Ketika M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) bangun dan bertanya sampai bila kerajaan harus membayar pampasan dan rakyat harus membayar pampasan dan rakyat harus membayar tol, Samy Vellu berkata pihaknya masih berusaha mencari satu kaedah yang boleh menghasilkan suasana 'menang-menang' untuk pihak konsesi dan juga pengguna.

"Perkara Yang Berhormat cakap itu saya sudah fikir sejak enam bulan dulu. Hari-hari saya duduk bersama pegawai saya dan bincang bagaimana nak atasi beban yang terpaksa ditanggung kerajaan ini," katanya.

Samy Vellu berkata walaupun angka kutipan tol yang diterima oleh syarikat konsesi nampak begitu ?menarik? hakikatnya ialah mereka terpaksa membayar hutang kepada bank selain membayar gaji kakitangan dan menyediakan peruntukan untuk menyelenggara lebuh raya 

"Bila sudah bayar semua ini, baru tahu berapa saja baki yang tinggal.

Jadi Kerajaan kena fikir juga semua ini. Kerajaan juga prihatin dengan beban yang terpaksa ditanggung rakyat.

"Kerana ini jugalah kita telah menyerahkan kertas kerja kepada kabinet yang mencadangkan tiga perkara untuk mengatasi masalah ini dan bagaimana nak bagi rakyat terima kenaikan tol ini," katanya.

Samy vellu juga menafikan dakwaan kononnya kos membina Kompleks Istana Negara yang baru melebihi RM1bilion.

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian