Projek lebuh raya wajar disambung ke Bahau
KUALA LUMPUR - Projek lebuh raya Seremban-Kuala Pilah yang kini giat dalam pembinaan diharap dapat disambung sehingga ke laluan Kuala Pilah-Bahau bagi mengatasi kesesakan di Bandar Kuala Pilah.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur, Air, Tenaga dan Telekomunikasi negeri, Datuk Ismail Lasim berkata, kerajaan negeri telah mengemukakan cadangan pelebaran jalan berkenaan dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) untuk di pertimbangkan kerajaan pusat.